Recent Posts

Thursday

Kek Lapis Sarawak Kami Halal

Sepanjang bulan puasa ni ramai yang bertanya mengenai Kek Lapis Sarawak kami ni HALAL ke HARAM siap ada yang nak sabotaj lagi huhu tak baik tau buat macam tu Tuhan marah hehe. Disini kami ingin jelaskan mengenai status kek kami dan diharap post kali ini dapat membantu anda menilai samada Kek Lapis kami ni Halal ke tidak statusnya =)

Kami menggunakan mentega jenama Bakels yang telah disahkan oleh JAKIM status Halalnya alhamdulillah. Jadi Kek Lapis kami ni HALAL untuk dimakan. Kami berusaha untuk menyediakan makanan yang halal kepada semua orang lebih-lebih lagi umat Islam kerana mencari yang halal itu fardhu. Maaflah kat sini kami tak dapat nak sediakan gamabr butter yang kami gunakan itu sebab lupa nak tangkap gambar nanti jika kami dah  ambil kami akan update lagi k =)

*Ini certificate HALAL dari JAKIM tentang Bakels*


Mentega yang dikatakan HARAM yang anda selalu dengar itu adalah Golden Churn yang mudah didapati dipasan yang telah disahkan HARAM oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Anda boleh lihat gambar dibawah ini. Mungkin anda biasa melihat butter ini.

*Inilah butter yang disahkan HARAM itu*
*Ini kami ambil dari The Star*

Untuk menambahkan lagi keyakinan anda mengenai status halal Kek Lapis keluaran kami, beberapa hari lepas kami telah dilawati oleh KPDNKK secara mengejut (cewah) untuk membuat pemeriksaan keatas premis kami dan Alhamdulillah kami bersama-sama pengusaha Kek Lapis yang lain telah LULUS pemeriksaan daripada mereka dan dibawah adalah bukti dari KPDNKK sendiri =)



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, bagi yang belum menghantar borang hantaran untuk tempahan tu kami sarankan agar menghantarkan cepat kerana kami takut nanti kami tak dapat menyediakan kek yang anda nak. Kata-kata akhir sebar-sebarkan ok =)

P.S
Kami berasa amat BANGGA dan BERSYUKUR kepada semua UMAT ISLAM di Malaysia kerana mengambil berat tentang isu Halal Haram sesuatu itu makanan tersebut. Risau yang datang dengan tindakan dari umat Islam sendiri menunjukkan KEIMANAN kita dalam menegakkan tuntutan Islam itu masih utuh dan sama-samalah kita berdoa agar terus diperkuatkan IMAN kita sesama ISLAM pada RAMADHAN yang berkat ini, doa mudah MAKBUL. Ya Allah tempatkanlah dikalangan orang-orang yang SOLEH disisiMU Ya Allah. Amin.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More