Ramai yang bertanya mengenai berapa lama kek kami tahan dan bagaimana cara penjagaannya. Entry pada kali ini kami akan menerangkan serba sedikit maklumat yang perlu anda tahu tentang cara penjagaan kek lapis.
Kami bahagikan entry kali ini kepada beberapa bahagian dengan tujuan untuk memudahkan anda faham dengan lebih lanjut mengenai sebab kenapa ada kek yang mudah rosak walaupun sudah dijaga dengan elok dan cara penyimpanan dan penjagaan yang betul untuk menjaga kualiti dan rasa kek lapis Sarawak.
1. Bagaimana menyimpan kek lapis agar tahan seminggu?!
Secara am nya kek kami akan tahan sehingga 1-7 hari atau seminggu jika diletakkan pada suhu biasa iaitu pada suhu bilik. Ini sangat sesuai bagi mereka yang meletakkan kek pada ruang tamu untuk jamuan hari raya kerana ianya boleh tahan sehingga seminggu dan anda tidak perlu kerap kali menyimpan ke dalam peti sejuk.
Dengan ketahanan kek yang lama pada suhu biasa ini memudahkan kami untuk membuat penghantaran dengan menggunakan courier seperti Poslaju tanpa perlu risau kek rosak setelah tiba dilokasi pelanggan.
Kami sediakan entry bagaimana cara menyimpan kek lapis Sarawak untuk tahan seminggu tanpa peti sejuk, anda boleh tekan disini.
2. Bagaimana cara menyimpan kuih lapis Sarawak supaya tahan lama 2 minggu?
Bercakap tentang suhu sejuk seperti suhu dalam peti sejuk kek boleh tahan sehingga 2 minggu. Tetapi pastikan kek tersebut dibalut dengan plastik nipis atau didalam bekas plastik lutsinar atau packaging asal untuk mengelak kek lapis terdedah kepada air agar lebih tahan lama.
Penggunaan peti sejuk amat digalakkan jika anda ingin mengekalkan kualiti rasa kek lapis dan pada masa yang sama dapat disimpan dalam jangka masa yang agak lama selama dua minggu.
Sungguh pun begitu kena tahu cara penyimpanan yang betul bagi memastikan simpanan kek lapis ini betul-betul tahan lama dan tidak sia-sia.
Dibawah kami sediakan entry bagaimana menyimpan kek lapis Sarawak di dalam peti sejuk dengan betul supaya tahan 2 minggu.
Kami pernah menerima pertanyaan dari pelangan yang kek masih rosak walaupun sudah disimpan di dalam peti sejuk. Setelah menanya beberapa soalan kami kemudiannya faham kenapa kek lapis yang disimpan di dalam peti sejuk pun boleh rosak cepat.
Kami komited untuk membantu pelanggan agar mereka berpuas hati dengan kek lapis kami dan sebagai cara untuk memberikan layanan selepas beli atau dalam English post-purchase service maka kami sediakan entry seperti dibawah.
3. Kek lapis Sarawak boleh tahan 1 hingga 3 bulan jika disimpan di dalam chiller
Pada mulanya kami tidak rasa perlu untuk kami menulis panjang mengenai cara penyimpanan kek lapis di dalam chiller kerana kami fikir tidak ramai yang ada chiller di rumah kerana peti sejuk pun sudah memadai.
Kami silap kerana terlupa dikalangan pelanggan kami sendiri adalah agen penjual kek lapis kami sendiri dimana mereka ada chiller yang digunakan untuk menyimpan barang berniaga.
Jadi disini kami selitkan sekali tip bagaimana menyimpan kek lapis di dalam chiller.
Kami sarankan anda membaca juga entry mengenai cara betul menyimpan kek lapis di dalam chiller. Tekan di sini untuk artikel cara menjaga dan menyimpan kuih lapis sehingga lebih satu bulan.
4. Cara menyimpan dan menjaga kualiti kek lapis sarawak dari 6 bulan sehingga 1 tahun
Untuk penyimpanan yang lebih lama anda boleh meletakkan kek ke dalam freezer dimana pada suhu sejuk yang sangat tinggi. Kini ramai orang memiliki freezer dirumah untuk meletak daging ayam dan lembu atau bahan yang lain.
Jika kek diletakkan didalam freezer ini ianya boleh tahan 6 bulan sehingga setahun.
Jika anda tidak mempunyai freezer dirumah jika diletakkan didalam peti sejuk dimana tempat anda untuk membekukan air menjadi ais pun sama kek lapis akan tahan selama satu bulan.
Kalau boleh pastikan suhunya sentiasa sejuk agar kek lapis dapat disimpan pada suhu yang betul dan bileh tahan lebih lama.
Diharap penerangan kami ini dapat membantu anda menjaga kek lapis agar lebih tahan lama. Jika mempunyai apa-apa persoalan boleh gunakan chatbox disebelah atau bawah post ini.
Kami akan menjawab segala kemusykilan anda.
Itulah dia tu. Semoga bermanfaat.