Recent Posts

Friday

Kuih Lapis Kuching - Kek Lapis Sarawak Yang Berada Di Kuching

Setelah sampai di Kuching Sarawak benda pertama yang ramai akan cari adalah kek lapis Sarawak. Anda beruntung kerana berada di lokasi yang sangat tepat kerana Kuching Sarawak ibarat syurga bagi peminat kek lapis sarawak.

Sejujurnya bagi aku secara peribadi di Kuching Sarawak adalah tempat yang sangat sesuai untuk kita mencari kek lapis sarawak. Terdapat banyak tempat yang anda boleh pergi untuk mencari kek lapis sarawak. 

Di bandar Kuching sebagai contohnya jika anda jika anda berjalan di sekitar bandaraya Kuching tersebut anda akan jumpa ramai perniaga yang menjual kek lapis sarawak. Tak kisahlah perniagaan yang menjual di kedai yang besar ataupun peniaga yang menjual di tepi-tepi jalan.

Aku secara peribadi sebagai orang yang selalu membeli kek lapis sarawak aku ada tempat favourite aku sendiri. Tempat ini menjadi favourite kepada aku kerana mempunyai pelbagai pilihan kek yang berwarna-warni. 

Semestinya yang utama adalah mempunyai rasa kek lapis yang sangat sedap bagi aku. Selain itu mempunyai pilihan yang sangat banyak. Bukan itu sahaja tempat ini kerana mereka mempunyai packaging yang sangat kemas dan menarik. 

Yalah sebagai orang luar yang membeli kek lapis dalam kuantiti yang banyak perlu untuk kita ada packaging yang kemas mudah untuk kita membawanya masuk ke dalam kapal terbang agar ianya selamat dan tidak rosak. Jom aku kongsikan lokasinya yang aku sarankan kau orang mesti pergi. 

Di sini aku assume yang apabila kau orang datang ke Kuching Sarawak tempat utama penginapan hotel yang kau orang pilih adalah di kawasan dalam bandar. Di kawasan bandar ni ianya tidak jauh daripada sungai sarawak atau dikenali sebagai kawasan waterfront. 

Di sekitar waterfront sendiri kita boleh lihat ramai peniaga-peniaga kecil yang berniaga kek lapis sarawak di sepanjang perjalanan waterfront. Tapi tempat yang aku ingin suggest kepada anda semua adalah diseberang sungai waterfront tersebut. 

Kalau kau orang nak tahu di seberang tu terdapat lebih banyak pilihan kek lapis sarawak yang kau orang boleh pilih. Dan aku pasti kau orang akan rambang mata untuk memilih kek yang mana satu atau kedai yang mana satu untuk anda pilih. 

Jangan risau untuk ke seberang sungai tu ada dua cara untuk anda menyeberang. Yang pertama adalah dengan menggunakan jambatan baru yang serba cantik dan gah di Kuching Sarawak iaitu jambatan Darul Hana. Kau orang boleh menggunakan jambatan ini terus menyeberang sungai dan sampai ke seberang sana dengan hanya berjalan kaki. Jangan risau tiada cas ataupun apa-apa bayaran yang dikenakan kepada mereka yang menggunakan jabatan Darul Hana ini. 

Bagi yang suka kan view yang cantik pemandangan yang cantik yang lebih berminat menikmati pemandangan-pemandangan yang indah boleh menggunakan jambatan ini untuk menambah pengalaman dan kenangan anda ketika berada di Kuching Sarawak.

Atau jika anda jenis orang yang sukakan cabaran ataupun kenangan lain yang boleh anda bina. Ada satu lagi laluan ataupun kemudahan yang disediakan oleh kerajaan sarawak kepada penduduk sekitar ataupun orang luar untuk menyeberangi sungai Sarawak. 

Di waterfront ada satu pengangkutan yang boleh anda guna untuk menyeberangi sungai tersebut yang di mana ianya dipanggil penambang. Penambang ni adalah kemudahan yang disediakan oleh penduduk kampung sekitar lebih-lebih lagi penduduk yang berada di seberang yang menyediakan perahu atau sampan yang agak besar iaitu sampan penumpang di mana anda boleh menggunakan hikmat mereka untuk menyeberang sungai Sarawak tersebut untuk sampai ke seberang sungai. 

Anda tidak perlu risau kerana pengangkutan ini ianya disokong oleh kerajaan negeri Sarawak sendiri untuk kemudahan penduduk sekitar pelancong luar yang datang ke Sarawak. Ciri-ciri keselamatan akan ditekankan dan segala peralatan keselamatan akan disediakan kepada anda lebih-lebih lagi kepada mereka yang risau atau pun tidak pandai berenang. 

Gunalah sebaiknya dua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Sarawak ini untuk memudahkan anda ke seberang sungai Sarawak. 

Berbalik kepada misi kita untuk mencari kek lapis sarawak di sini ada dua tempat yang menjadi kunjungan orang luar ataupun penduduk tempatan. Aku selalu membeli kait lapis Sarawak di dua tempat ini iaitu Mira Cakehouse yang berada betul-betul di depan sungai anda boleh lihat kedainya berwarna merah. 

Satu lagi lokasi kedai kek lapis sarawak yang aku paling suka adalah kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Dalam dua kedai ni kek lapis Dayang Salhah yang paling aku favourite kerana mempunyai pilihan sangat banyak dan mempunyai rasa kek yang unik dan sedap bagi lidah aku. 

Walaupun macam tu, dua kedai ini mempunyai kelebihan yang sama bagi aku sesuai untuk mereka yang datang membeli dalam kuantiti yang banyak mempunyai packaging yang sangat kemas dan sangat cantik. 

Baik aku akan ceritakan dengan lebih lanjut pada artikel akan datang di mana semua boleh pergi kedua kedai ini lokasi yang betul. Kerana aku percaya apabila kau orang sampai di seberang jalan akan rambang mata nak pergi kedai yang mana satu. 

Aku akan cuba untuk menceritakan lokasi yang tepat ataupun exact location di mana kau orang boleh pergi ke tempat tersebut dan membeli kek lapis di sana dan mendapat perkhidmatan yang bagus seperti yang selalu aku terima setiap kali aku ke sana. 

Boleh lihat artikel aku yang seterusnya, maaf kerana aku tidak dapat nak ceritakan di sini kerana aku kena pastikan dahulu maklumat yang aku berikan adalah tepat kepada anda semua takut nanti ada yang sesat pula di seberang jalan. 

Itulah dia tu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More