Recent Posts

Wednesday

Kek Lapis Bajet By Baharuddin Legacy: Penjual Kek Lapis Sarawak Bajet Bintulu

kek lapis bajet baharuddin legacy


Melihat pada nama sudah kita tahu fokus kedai Kek Lapis Bajet ini adalah menjual kek lapis Sarawak pada harga yang lebih ekonomi dalam memenuhi permintaan pelanggan sekitar dan dari luar. 

Kek lapis Sarawak terkenal dengan lapisan yang cantik dan rasa yang kaya, tetapi sering kali dianggap sebagai pilihan yang mahal. 

Namun, kami percaya bahawa kelazatan tidak semestinya mahal! Kami dengan bangga mempersembahkan kek lapis Sarawak pada harga bajet yang berada di Bintulu tanpa mengorbankan kualiti dan rasa kek lapis. 


Kedudukan kedai Kek Lapis Bajet ini idak seperti kedai kek lapis yang lain yang berada di pusat bandar Bintulu. Kedai kek lapis ini berada jauh sikit dari pusat bandar. 

Jauh tu tidaklah jauh betul-betul tetapi hanya dalam 5km dari dua kedai kek lapis seperti  yang saya jelaskan sebelum ini.

Lokasi kedai Kek Lapis Bajet ini adalah di kawasan Medan Mall. Jika perasan di Bintulu banyak kawasan ada nama Medan dan ini kadang-kadang membuat mereka yang datang agak keliru kerana memikirkan dengan ada perkataan Medan jadi lokasi berdekatan dengan kawasan medan yang lain tapi sebenarnya tidak.

Jika anda menaiki Grab atau Maxim anda boleh memberitahu lokasi kedai kek lapis bajet ini berada di kawan Medan Mall dan saya percaya pemandu akan terus tahu lokasinya. 

Kawasan Medan Mall ni dikenali oleh penduduk Bintulu kerana ada dua sebab iaitu berdekatan dengan CC Fresh Supermarket yang selalu menjual barang keperluan harga borong (katanya) dan shopping mall yang dikenali sebagai Medan Mall.

Baik kembali kepada lokasi kedai kek lapis bajet ini, ia terletak mengadap jalan besar dan di sebelahnya ada satu work shop. Di depan kedai tu ada traffic light untuk jalan terus dan belok ke kiri. 

Jika belok ke kanan anda akan ke jalan Allamanda atau Bandarjaya dan jika anda tidak ke kanan tetapi terus ke depan anda akan sampai ke Perumahan Taman Tinggi. Dua jalan ini kita abaikan sebab kita mahu fokus bangunan yang berada di sebelah kiri kita jika anda sudah sampai ke traffic light tersebut.

Kedai ni jika tak perhatikan betul-betul boleh terlepas pandang kerana keadaan sekitar jalan masuknya boleh mengelirukan sedikit kerana simpang masuk terlalu kecil. Tetapi jika diperhatikan betul-betul memang akan nampak jelas kedai kek lapis bajet ini depan mata.

Kedai yang simple tetapi mempunyai banyak pilihan kek lapis yang membuat anda rambang mata untuk memilih lebih-lebih lagi dengan corak lapisan dan warna yang memukau serta harga yang buat anda mahu beli semua jenis kek lapis disitu.

Mereka juga ada menyediakan servis pembungkusan dengan kotak untuk kemudahan dibawa pulang menaiki kapal terbang atau bas. 

Kawasan sekitar selalu sunyi apabila sudah malam seperti selepas Isya' jadi saya sarankan untuk datang pada waktu siang agar lebih banyak masa untuk memilih kek lapis yang disediakan di dalam chiller.

Kek lapis Bajet By Baharuddin Legacy ini menawarkan pengalaman rasa yang luar biasa pada harga yang berpatutan. Jangan terpedaya dengan anggapan bahawa kek bajet tidak sedap. Keda ini membuktikannya dengan setiap potongan kek lapis yang dihasilkan. 

Datanglah dan rasai sendiri kelezatan kek lapis sarawak ekonomi ini, dan nikmati sendiri bagaimana.

Diharap dengan entry post yang ringkas ini dapat membantu anda mencari lokasi kedai Kek Lapis Bajet By Baharuddin Legacy dengan mudah dan tepat. 

Ada beberapa pilihan jenis kek lapis di Bintulu dan di kedai ini memberikan pilihan kek lapis sarawak pada harga alternatif. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.


Itulah dia tu.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More