Recent Posts

Wednesday

Kek Lapis Warisan Jarah: Kedai Kek Lapis Premium Di Bintulu

kek lapis warisan jarah bintulu


Lokasi Kek Lapis Warisan Jarah ni bertempat di tengah bandar Bintulu iaitu di Medan Jaya. Medan Jaya ini adalah pusat bandar Bintulu yang baru dan menggabungkan juga Medan Assyikirin yang berada disebelahnya dan kawasan lot baru iaitu Meridian yang baru sahaja dibuka.

Ada banyak kemudahan yang ada di Medan Jaya ni, ada supermarket, kedai makan, farmasi, klinik dan banyak macam lagi yang lain. Kedai kek lapis Warisan adalah satu-satunya kedai yang menjual kek lapis di kawasan Medan Jaya ini semasa saya menulis entry ini. 

Jadi anda terjumpa kedai kek lapis di Medan Jaya maka saya yakin itu adalah kedai Kek Lapis Warisan Jarah.

Pertama sekali anda boleh mendapatkan maklumat mengenai kedai ni disini iaitu page Facebook rasmi mereka. Mereka ni jenis yang rajin jugak nak update page mereka sama macam kedai Kek Lapis Rizzara. Baguslah masing-masing menggunakan medium yang betul untuk menyampaikan maklumat. 

Anda boleh baca apa stok kek terkini dan apa promosi yang sedang berjalan. Mereka juga ada menjual kek viral yang lain ianya bergantung pada trend dan permintaan. Cubalah.

Lokasi kedai ini berada di kedai kedua selepas corner lot. Di hadapan kedai Kek Lapis Jarah ni adalah EcoPlus dan EcoShop yang berada diseberang jalan. Ni penanda yang paling mudah sekali korang nak kenal. 

Asal jumpa je dua kedai Eco ni maka korang sekarang berada dilokasi yang betul. 

Perantara antara kedai Eco dan kedai kek lapis ni adalah taman untuk rekreasi, ramai yang duduk lepak atau jogging disitu melainkan kalau panas terik boleh duduk kedai kopi Family Cafe yang atasnya adalah Family Inn. Banyak kemudahan disitu tak cukup kaki dan masa nak jalan semua.

Hotel yang paling dekat dengan kedai Kek Lapis Jarah ni adalah Family Inn dan Wiwo Hotel kerana sederet dengan bagunan kedai kek lapis ni dan satu yang baru adalah Sentral View Hotel. 

Di belakang kedai kek lapis ni ada Terminal Bus Bintulu yang satu bangunan dengan Li Hua Hotel. 

Di sebelah Li Hua Hotel pulak adalah Promenade Hotel. Satu deretan dengan kedai kek lapis ni ada banyak hotel dan kedai makan. Kalau nak pilih-pilih hotel sebelum menginap di Bintulu tu kat Medan Jaya memang sesuai. 

Banyak tempat boleh jalan kaki sahaja boleh jadi kurus bila balik.

Selain hotel terdapat banyak premis lain yang berdekatan seperti khidmat dobi sambil cuci baju tu boleh singgah layan kek lapis. Farmasi pun disebelah kedai kek lapis ni, rambang mata pilih dan pening kepada singgah farmasi dulu. 

Di terminal bas tu ada kedai DIY dan Supersave kalau-kalau nak beli alatan asas macam salotape, cable charger dan sebagainya.

Hotel lain yang berdekatan adalah JC Mark Hotel yang satu deretan dengan kedai Eco tadi. Kalau nak memilih hotel yang berdekatan hotel yang saya sebutkan diatas tu adalah yang terbaik jika anda peminat kek lapis. Sebab dekat sangat beza dalam 100-150 meter sahaja jaraknya.

Kedai Kek Lapis Jarah ni menjual kek lapis jenis premium. Kalau premium korang akan rasa lain macam sedapnya. Tengok pada Fanpage Facebook mereka pun boleh lihat basah dan lembab yang moist. 

Memang meleleh kalau cuba, saya tak pasti samada ada disediakan tester atau tidak tapi yang pasti mereka selalu juga menjual box kecil seperti kek dalam mini box yang memang berbaloi untuk dicuba. 

RM10 untuk satu box dan pada pendapat saya sangat-sangat sesuai untuk dijadikan buat tangan dibawa balik. Beli 10 box baru RM100 harga murah dan rasa pun premium. 

Saya yakin si penerima sangat puas hati dan rasa diingati cewah. Jika mahu membeli dalam kuantiti yang banyak saya sarankan anda call dan buat tempahan awal terlebih dahulu supaya anda dapat kuantiti yang dimahukan.

Pembungkusan mereka pun nampak cantik dan kemas jadi senang untuk anda membawa pulang kek lapis ni dalam keadaan selamat dan kek pun tidak rosak. 

Penghantaran menggunakan pos pun ada disediakan jika tak sempat nak bungkus banyak atau tak nak muatan kargo kapal terbang yang berlebihan maka boleh minta kek anda untuk di pos ke alamat yang anda mahukan.

Banyak yang ingin saya ceritakan tapi pengalaman dan memori tu adalah lebih baik anda alaminya sendiri barulah anda akan faham seronoknya membeli kek lapis sarawak di Kedai Kek Lapis Warisan Jarah ni. 

Semoga anda mendapat manfaat dalam post ini dan dapat mencari kedai ni dengan tepat dan mudah.

Itulah dia tu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More