Recent Posts

Thursday

Tempoh Masa Penghantaran



Ramai yang bertanya mengenai tempoh penghantaran kek kami mengambil masa berapa lama dan disini kami akan menerangkan serba sedikit mengenai tempoh penghantaran bagi satu-satu kek ke mana-mana kawasan. Untuk pengetahuan semua kami menggunaka Pos Laju sebagai medium kami untuk menghantarkan kek lapis kepada semua pelanggan dan agen kami. 

Secara logiknya dimana-mana kawasan yang ada pos laju berdekatan dengan kawasan mereka ianya tidak akan mengambil masa yang lama untuk sampai setelah anda membuat pembayaran kepada kami. Walaupun anda berada di kawasan yang agak jauh seperti Penang, kawasan utara atau Johor dan sebagainya lazimnya ianya akan megambil masa dalam 1-3 hari sahaja.

Kami selalu menghantar kek lapis ke Penang dan apa yang menariknya ianya selalu mengambil masa satu hari sahaja sebagai contohnya jika kami membuat penghantaran hari ini esok dah sampai pada agen atau pelanggan memang cepat.

Kami akan membuat penghantaran kepada pelanggan setelah pembayaran dibuat dan ini bermakna semakin awal anda membuat pembayaran semakin singkat masa yang akan diambil untuk kek lapis sampai kepada anda kerana ianya melambatkan proses pembungkusan dan penghantaran.

Bagi agen yang berada di Singapura atau Brunei kami akan terus berhubung dengan anda jika ada pembaharuan mengenai kos penghantaran kerana kami sedang mencari courier yang boleh dipercayai yang mengenakan penghantaran yang murah tetapi memberikan servis yang bagus. Kami menghadapi masalah menghantar ke luar negara kerana kos yang tinggi.

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai tempoh penghantaran atau apa sahaja persoalan boleh menghubungi kami samada melalui email ataupun telefon kami sedia membantu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More