Recent Posts

Monday

Kuih Lapis Sarawak - Cara penyimpanan Kek Lapis Sarawak Tahan Seminggu Tanpa Peti Sejuk

Ramai yang bertanya pada kami bagaimana untuk menyimpan kuih lapis sarawak yang dah mereka terima melalui post ni supaya tahan lebih lama. Penghantaran selalunya mengambil masa 3 ke 5 hari bergantung pada lokasi dan kadang tu makan masa sehingga seminggu pun ada.

Kelebihan kek kami ni walaupun kadang mengambil masa yang lama seperti seminggu tetapi agak jarang kek kami untuk rosak masa sampai. Melainkan handling yang agak kurang betul dari pihak courier seperti kotak pecah atau terdedah semasa penghantaran.

Mari saya kongsikan bagaimana untuk menyimpan dan cara menjaga kuih lapis sarawak yang anda terima agar lebih tahan lama bahkan setahun atau sampai raya tahun depan.

Simpan dalam bekas yang bertutup rapat boleh tahan 1 minggu tanpa simpanan sejuk

Tidak semestinya dalam bekas yang kedap udara tapi cukup dalam bekas yang tidak dihinggap oleh binatang pada makanan. Bekas kaca yang biasa digunakan ketika hari raya yang diletak di atas meja ruang tamu tu cukup afdal. Jika ingin menggunakan kontena seperti tupperware pun boleh atau mana-mana bekas yang sesuai. 

Untuk lebih tahan lama guna bekas simpanan yang baru atau tidak pernah digunakan menyimpan makanan lama sampai rosak atau basi. Bekas makanan yang pernah ada menyimpanan makanan sampai basi tu eloklah dicuci semula dengan lebih bersih atau panaskan dahulu pada suhu tertentu untuk membunuh bakteria ala-ala sterilize.

Elak ada pengudaraan yang terlalu kerap pada kek seperti selalu buka tutup bekas tersebut.

Kita tahu udara kadang tidak selalu bersih dan ada habuk atau bakteria yang boleh menyebabkan kek rosak cepat. Jika nak makan potong siap-siap bahagian yang kita nak dan asingkan serta bezakan mana bekas simpanan kek dan bekas untuk makan.

Elak sentuhan pada kek yang terlalu kerap. Sentuhan tangan yang terlalu kerap pada kek pun mudah untuk merosakkan kek lapis anda. Sebab itu disarankan agar potong siap-siap dan buat pengasingan supaya kuih lapis yang belum dimakan lebih tahan lama.

Simpan dalam keaadaan suhu bilik dan jangan terdedah pada cahaya matahari.
Ruang tamu ni di rumah kita ni berbeza ada yang tertutup sebab rumah rapat atau pintu tingkap sentiasa tutup manakala ada yang mudah terdedah pada cahaya matahari seperti rumah ala-ala kampung atau rumah yang pintu atau tingkap yang selalu dibuka untuk pengudaraan.

Sebaiknya simpanan kek lapis ketika raya contohnya elakkan terkena dengan cahaya matahari atau suhu yang panas yang mudah untuk merosakkan kek lapis kita. Jika keadaan rumah agak membahang dan terasa panasnya disarankan untuk menimpan di tempat yang lebih sejuk.

Saya akan kongsikan lagi tips penjagaan kek yang lebih tahan lama pada post yang seterusnya. 

Jika ada persoalan sila tanya terus pada ruangan chat yang saya sediakan pada blog ini. Kami akan menjawab secara terus atau panjang lebar dengan artikel seperti biasa untuk lebih mudah difahami.

Itulah dia tu. Semoga bermanfaat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More