Cara menyimpan kek lapis sarawak selama 6 bulan ke setahun tetapi kualiti dan rasa masih tip top.
Baik di sini kami akan jelaskan secara ringkas bagaimana untuk menyimpan kek lapis sarawak di dalam freezer dengan cara yang betul agar kita dapat menjaga kualiti dan rasa kek lapis tersebut.
Pertama sekali apa yang perlu adalah lakukan adalah anda kena pastikan kek lapis anda sejuk terlebih dahulu. Sejuk di sini bermaksud jangan memasukkan kek lapis anda ke dalam freezer dalam keadaan kek lapis anda masih panas.
Ini kerana ada sesetengah pelanggan ataupun ejen kami akan memanaskan semula kek lapis mereka untuk menjaga kualiti kek lapis tersebut.
Walaupun jarang kami galakkan kepada pelanggan ataupun ejen kami memanaskan semula kek lapis mereka tetapi apa yang kami ingin tekankan di sini adalah sebelum anda menyimpan kek lapis anda ke dalam freezer pastikan anda sejukkan dahulu kek lapis anda.
Sejuk yang kami maksudkan adalah memastikan kek lapis anda berada pada suhu bilik sebelum anda menyimpan kek lapis di dalam freezer.
Langkah kedua adalah balut kek lapis anda dengan plastik gulung ataupun dengan cling film. Pastikan anda balut dengan ketat. Balutan yang ketat adalah bertujuan untuk memastikan tiada ruang terbuka untuk udara masuk.
Ini kerana udara di dalam freezer boleh menyebabkan kek menjadi menjadi terlalu kering dan akan rosak.
Kemudian labelkan nama kek lapis anda dan tulis sekali tarikh bila anda menyimpan ke lapis tersebut di dalam freezer.
Melabel kek lapis anda ini amat penting kerana jika kita sudah simpan terlalu lama kadang-kadang kita sendiri akan mudah untuk lupa bila kita menyimpan kek lapis kita.
Setelah anda membuat label pada tarikh kek lapis anda. Langkah seterusnya adalah menyimpan kek lapis di dalam bekas yang kedap udara.
Boleh juga jika anda ingin menyimpan kek lapis anda di dalam kotak tetapi pastikan anda menutup segala ruang yang ada pada kotak agar udara di dalam freezer tidak masuk ke dalam kotak yang boleh menyebabkan kek lapis anda rosak.
Tutup dengan salotape pun boleh tiada masalah. Atau cara yang lebih baik lagi jika anda menyimpan menggunakan kotak, setelah kotak tersebut anda salotape simpan kotak tadi ke dalam plastik yang lebih besar dan ikat rapi.
Tujuannya adalah sama iaitu untuk mengelak udara di dalam freezer masuk ke dalam plastik kita tadi.
Langkah terakhir adalah anda harus memastikan penyimpanan ataupun freezer anda sentiasa dalam suhu yang stabil. Suhu yang stabil untuk freezer yang sesuai untuk penyimpanan kek lapis sarawak adalah dalam -18 darjah celcius atau lebih rendah lagi untuk mengekalkan kualiti dan rasanya.
Kerap kali pantau penyimpanan kek lapis anda kerana untuk mengelakkan lapis anda rosak tanpa anda sedar. Alangkah sedih kalau setelah kita menyimpan 6 bulan atau sampai satu tahun tapi pada akhirnya apabila anda ingin makan ataupun potong kek tersebut apa yang anda dapat adalah kek rosak.
Pemantauan tidaklah perlu terlalu kerap cukup hanya memantau pada situasi tertentu seperti jika ada berlakunya blackout dalam jangka masa yang lama atau pun anda meninggalkan rumah dalam jangka masa yang lama setelah anda kembali boleh terus check kek lapis anda untuk memastikan ianya pada suhu yang stabil dan kekal elok.
Sebab itu penting bagi anda untuk menyimpan kek lapis anda di dalam bekas yang kedap udara ataupun di dalam kotak yang kedap udara.
Ini kerana dengan menyimpan di dalam bekas ataupun kotak maka suhu di dalam tidak akan mudah untuk turun jika berlakunya blackout ataupun kerosakan pada freezer anda.
Freezer yang rosak ataupun terpadam dalam jangka masa yang lama disebabkan black out boleh menyebabkan freezer basah dan berpeluh.
Keadaan ini boleh menyebabkan kek lapis anda rosak jika tidak simpan dalam bekas plastik yang kedap udara ataupun gunakan kotak yang tidak ditutup dengan rapi.
Tips penting cara mengeluarkan kek dari freezer untuk dimakan
Penyimpanan menggunakan freezer akan menyebabkan kek lapis anda menjadi frozen. Jadi langkah pertama yang perlu anda perlu lakukan sebelum anda boleh memotong dan menghidang kek lapis anda adalah anda perlu defrost kek lapis anda terlebih dahulu.
Dilarang sama sekali untuk defrost kek lapis anda dengan menggunakan microwave. Ini kerana perubahan suhu yang terlalu cepat ataupun mendadak pada kek lapis yang anda letakkan di dalam microwave boleh merosakkan ataupun mengurangkan kualiti dan rasa kek lapis anda.
Ini juga boleh mengakibatkan kek anda kering kerana kehilangan kelembapannya.
Cara yang betul adalah anda keluarkan daripada freezer kemudian letak di atas meja dan biarkan dalam suhu bilik. Ini akan mengambil masa selama satu hingga dua jam untuk kek anda defrost dalam keadaan yang baik.
Jika anda ada jenis seorang yang mudah terlupa kami sarankan kepada anda, setelah anda mengeluarkan kek lapis daripada freezer apa yang patut adalah lakukan adalah menyimpan kek lapis anda ke dalam peti sejuk terlebih dahulu.
Memang proses defrost dia akan mengambil masa yang lebih lama tetapi ini adalah cara yang lebih selamat. Tipsnya adalah keluarkan kek lapis 1 hari ataupun dua hari lebih awal pada hari anda ingin memotong ataupun menghidang kek lapis anda.
Semoga post kali ini memberi manfaat dan tips berguna kepada anda. Jika ada persoalan sila gunakan chatbox di dalam blog ini. Kami akan respon kadar segera. Moga bermanfaat.
Itulah dia tu.