Recent Posts

Thursday

Tempoh Masa Penghantaran



Ramai yang bertanya mengenai tempoh penghantaran kek kami mengambil masa berapa lama dan disini kami akan menerangkan serba sedikit mengenai tempoh penghantaran bagi satu-satu kek ke mana-mana kawasan. Untuk pengetahuan semua kami menggunaka Pos Laju sebagai medium kami untuk menghantarkan kek lapis kepada semua pelanggan dan agen kami. 

Secara logiknya dimana-mana kawasan yang ada pos laju berdekatan dengan kawasan mereka ianya tidak akan mengambil masa yang lama untuk sampai setelah anda membuat pembayaran kepada kami. Walaupun anda berada di kawasan yang agak jauh seperti Penang, kawasan utara atau Johor dan sebagainya lazimnya ianya akan megambil masa dalam 1-3 hari sahaja.

Kami selalu menghantar kek lapis ke Penang dan apa yang menariknya ianya selalu mengambil masa satu hari sahaja sebagai contohnya jika kami membuat penghantaran hari ini esok dah sampai pada agen atau pelanggan memang cepat.

Kami akan membuat penghantaran kepada pelanggan setelah pembayaran dibuat dan ini bermakna semakin awal anda membuat pembayaran semakin singkat masa yang akan diambil untuk kek lapis sampai kepada anda kerana ianya melambatkan proses pembungkusan dan penghantaran.

Bagi agen yang berada di Singapura atau Brunei kami akan terus berhubung dengan anda jika ada pembaharuan mengenai kos penghantaran kerana kami sedang mencari courier yang boleh dipercayai yang mengenakan penghantaran yang murah tetapi memberikan servis yang bagus. Kami menghadapi masalah menghantar ke luar negara kerana kos yang tinggi.

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai tempoh penghantaran atau apa sahaja persoalan boleh menghubungi kami samada melalui email ataupun telefon kami sedia membantu.

Buat Duit Extra



Terdapat banyak cara yang boleh kita gunakan dalam usaha untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui internet dan terdapat pelbagai ebook yang boleh anda dapati dipasaran yang boleh membimbing anda memulakan langkah untuk terlibat dalam dunia pendapatan internet ini.

Disini kami akan kongsikan serba sedikit mengenai cara-cara yang kami percaya berkesan dan mudah untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja. Secara jujurnya anda akan perlu membeli kebanyakan buku yang baik jika ingin mendapatkan ilmu yang boleh membantu anda menjana pendapatan sampingan melalui internet. Nasihat kami jangan takut untuk melabur dalam ilmu. Seperti anda sekarang juga, anda berada pada kedudukan sekarang kerana dari kecil telah menimba ilmu dan akhirnya mendapat pekerjaan.

Begitu juga dalam bidang mencari pendapatan di internet ini dimana anda perlu berusaha mencari ilmu yang boleh membantu anda membuat duit sampingan. Kami ada beberapa buku yang kami syorkan dan kami akan membuat review ringkas mengenainya. Diharap ianya membantu.

Toyol Oh TOyol Moden

Kalu dulu-dulu bila sebut Toyol ramai yang takut sebab benda ni sejenis hantu yang suka curi duit orang dan macam-macam kita dengar. Kali ini kami nak review pasal satu pakej ni meman best sangat sebab ia boleh kita guna untuk promosikan kek lapis kepada rakan-rakan. Pakej ini mengajar basic-basic mudah sebagai pendedahan yang baik untuk siapa-siapa yang ingin melangkah ke dunia jana duit dengan internet ni.

Apa yang saya suka pasal pakej ini dengan harga yang murah RM30 sahaja sememangnya murah jika dibanding dengan yang lain anda boleh mempelajari banyak perkara banyak cara yang boleh anda gunakan untuk mula menjana pendapatan dari internet ni. Banyak bonus yang ditawarkan kepada anda dengan hanya nilai kecil macam tu dan sememangnya pembelian ini sangat-sangat berbaloi kerana ramai yang menjual pakej macam ini dengan harga 2 atau 3 kali lebih mahal.

Anda beruntung untuk mendapatkan pakej ini kerana segala keperluan anda juga akan diberikan dan yang menariknya boleh dapat update jika ada pembaharuan dan bantuan percuma selama-lamanya dan banyak lagi yang boleh anda dapat. Boleh lihat sendiri dengan pergi pada page yang saya maksudkan dengan klik gambar toyol (toyol ke?!) yang rasa dia cute kat bawah ni. Tak pun klik pada link yang saya sediakan.

Buat Duit Jual Website

Kali ni nak bercerita pasal seorang ni yang buat duit RM3125.10 dalam masa 17hari dengan hanya beberapa klik sahaja. Gila betul la budak zaman sekarang ni kan umur muda lagi dah dapat menjana pendapatan banyak macam tu tapi memang respect kat dia sebab ingin berkongsi cara untuk menjana pendapatan macam tu dengan orang ramai. Boleh klik kat link bawah ni untuk belajar macam mana dia buat semua tu.


Apa yang akan anda ketahui dari link yang berikan ini adalah bagaimana nak buat satu website simple dengan guna barang free kemudian jual dengan ratusan dollar bukan ringgit tu dollar tau atleast kena darab 3 baru sama nilai dengan ringgit. Ramai yang suka cara ni sebab tak banyak karenah sangat apa-apa pun untuk belajar dengan lebih lanjut boleh klik kat gambar atau link kat bawah ni.

Cara Mudah Kumpul Senarai Email

Bila kita terlibat dalam internet bisnes anda akan melihat ada dua jenis produk atau servis yang berada dipasaran dimana anda boleh menjual produk itu sekali atau berkali-kali kepada pelanggan yang sama. Ianya bergantung kepada apa yang anda jual dan bagaimana anda menjualnya kepada orang ramai.

Jika anda mempunyai produk yang boleh dijual beberapa kali kepada pelanggan apa yang perlu anda ada adalah senarai pelanggan anda yang betul-betul berminat atau pernah membeli produk anda ini. Lazimnya untuk terus dapat menjual produk yang sama kepada pelanggan apa yang perlu anda ada adalah email pelanggan anda supaya anda dapat menghubungi mereka jika ada produk atau diskaun.

Untuk mengumpul email itu lain pula ceritanya, terus terang bukan mudah untuk mengumpul email para pelanggan kita kerana perlu melepasi beberapa proses agar betul dengan etikanya. Ramai yang tidak tahu hebatnya email marketing ini kerana anda boleh menjana pendapatan 4 angka satu bulan hanya dengan menghantar satu email kepada pelanggan anda sekali hantar sahaja, memang menarik.

Apa yang menarik minat saya adalah ayat dari satu page ini (klik sini untuk melihat sendiri) lihat gambar dibawah:



Untuk mendapat lebih lanjut mengenai apa itu email marketing dan cara-cara mudah untuk mengumpul senarai email dengan pantas dan memperolehi pendapatan ulangan darinya boleh klik pada gambar atau link dibawah untuk lebih lanjut.





Wednesday

Buat Duit Jual Barangan Murah

Ini adalah panduan yang pertama yang saya lihat yang mengajar pembelinya cara-cara untuk mendapatkan barangan yang mendapat permintaan yang banyak pada harga yang murah. Kemudian mengajar anda bagaimana untuk menjual kembali barangan tersebut pada harga lebih 10 kali ganda dari harga yang anda beli.

Apa yang menariknya anda tidak perlu membeli dahulu barangan untuk disimpan tetapi anda ibarat orang tengah yang mengambil tempahan dan menggunakan duit tempahan itu untuk membeli produk yang dikehendaki untuk dijual pada harga yang tinggi.

Mungkin bagi mereka yang baru agak susah untuk memahami proses ini dan saya galakkan anda untuk melihat sendiri dan memahami dengan pergi ke page yang saya sediakan melalui link dibawah. Boleh klik pada gambar atau link kemudian tonton video pada page tersebut anda pasti teruja =)



Monday

Cara Penjagaan Kek Lapis



Ramai yang bertanya mengenai berapa lama kek kami tahan dan bagaimana cara penjagaannya. Entry pada kali ini kami akan menerangkan serba sedikit maklumat yang perlu anda tahu tentang cara penjagaan kek lapis.

Secara am nya kek kami akan tahan sehingga 1-7 hari atau seminggu jika diletakkan pada suhu biasa iaitu pada suhu bilik. Ini sangat sesuai bagi mereka yang meletakkan kek pada ruang tamu untuk jamuan hari raya kerana ianya boleh tahan sehingga seminggu dan anda tidak perlu kerap kali menyimpan ke dalam peti sejuk.

Bercakap tentang suhu sejuk seperti suhu dalam peti sejuk kek boleh tahan sehingga 2 minggu. Tetapi pastikan kek tersebut dibalut dengan plastik nipis atau didalam bekas plastik lutsinar atau packaging asal untuk mengelak kek lapis terdedah kepada air agar lebih tahan lama.

Untuk penyimpanan yang lebih lama anda boleh meletakkan kek ke dalam freezer dimana pada suhu sejuk yang sangat tinggi. Kini ramai orang memiliki freezer dirumah untuk meletak daging ayam dan lembu atau bahan yang lain. Jika kek diletakkan didalam freezer ini ianya boleh tahan sehingga satu bulan.

Jika anda tidak mempunyai freezer dirumah jika diletakkan didalam peti sejuk dimana tempat anda untuk membekukan air menjadi ais pun sama kek lapis akan tahan selama satu bulan. Kalau boleh pastikan suhunya sentiasa sejuk agar kek lapis dapat disimpan pada suhu yang betul dan bileh tahan lebih lama.

Diharap penerangan kami ini dapat membantu anda menjaga kek lapis agar lebih tahan lama. Jika mempunyai apa-apa persoalan boleh email atau menghubungi kami terus melalui telefon =)

Antara Tempahan Dari Pelanggan

Berikut adalah beberapa tempahan daripada pelanggan yang diterima dan jika dilihat pada packaging ianya sesuai untuk penghantaran kemana sahaja kerana dibalut dengan bekas plastik untuk mejaga rupa kek lapis sebelum diletakkan di dalam kotak.




Tempahan Istimewa Pelangan

Ini adalah antara tempahan yang dibuat atas permintaan pelangan yang ingin menempah untuk majlis-majlis yang tertentu seperti hantaran kahwin, dinner dan macam-macam lagi.













Sunday

Kek Untuk Dicuba

Anda boleh mencuba kek kami terlebih dahulu sebelum membeli dan dibawah ini adalah antara contoh-contoh kek kami yang disediakan sebagai tester  kepada pelangan yang datang.






Show Room Kami

Ini adalah beberapa gambar pelangan yang datang ke show room kami.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More