Recent Posts

Sunday

Kek Lapis Sarawak: Update 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada tahun 2015 ini, pihak pengurusan kami telah mengambil satu langkah dan perubahan besar kepada syarikat kami dimana kami akan mengubah sebahagian besar pengurusan dan senarai kek lapis kami. Ini bertujuan untuk memenuhi permintaan pasaran dan menaik taraf kualiti pengurusan dan kualiti kek lapis sarawak yang kami sediakan.

Kami akan update senarai kek lapis sarawak kami dari semasa ke semasa dan bagi menaikan kualiti kek kami kami telah menggunakan pelbagai bahan-bahan mentah untuk membuat kek lapis yang baru. Kami percaya dengan penggunaan bahan-bahan yang lebih berkualiti seperti sekarang akan membantu memanjangkan jangka hayat kek kami.

Kami telah membuat pelbagai kajian dengan bahan baru ini dan ternyata perubahan ini akan membawa titik besar kepada perjalanan syarikat. Hasil dari penggunaan bahan baru kek lapis sarawak yang baru lebih tahan lama berbanding yang sebelumnya dimana kek lapis yang baru boleh tahan selama dua hingga tiga minggu pada suhu bilik. Berbeza pada yang lama dimana satu minggu sahaja. Jika diletakan pada peti sejuk boleh tahan lebih satu bulan dan jika diletak pada suhu sejuk beku boleh tahan sampai berbulan-bulan.

Mengenai rasa kek lapis sarawak yang baru, kami yakin bahawa kek lapis yang baru ni mempunyai rasa 10kali lebih sedap berbanding kek yang sebelum ini percayalah. Ini kerana penggunaan bahan dan cara pembuatan yang telah kami improvise kepada yang lebih baik.

Kami akan update mengenai harga dan kelebihan-kelebihan harga kami berbanding harga kek lapis sarawak keluaran luar pada post yang akan datang. Diharap update ini dapat memberikan maklumat berguna kepada anda. Sekian terima kasih.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More