Sebelum membuat penghantaran bahan makanan seperti kek lapis Sarawak yang mudah rosak ini, pembungkusan yang betul amat dititik beratkan agar kek tidak rosak semasa penghantaran dan berkulat ketika sampai kepada pelanggan.
Kami amat menekankan hal ini di kedai ketika proses penghantaran bermula daripada pembuatan kek masuk kepada pembungkusan yang betul dan kemudian diproses untuk penghantaran. Ini bertujuan agar kualiti dan rasa kek yang dihantar kekal pada keadaan optimum.
Di sini kami ajarkan cara pembungkusan kek lapis yang betul untuk rujukan kita bersama.
Sejukkan kek lapis Sarawak terlebih dahulu
Pastikan kek lapis yang ingin diposkan itu sejuk dahulu selepas keluar dari oven atau selepas dikukus. Biarkan kek sejuk seketika dalam keadaan suhu bilik.
Jangan pula kek diletak didalam peti sejuk atau freezer dengan tujuan untuk menyejukan kek lapis cepat.
Ini boleh merosakkan kualiti kek anda, jangan bertindak gelojoh ya. Begitu juga jangan dianginkan di hadapan kipas atau aircond, jangan sama sekali, perlu biar kek sejuk secara pelahan dan natural.
Setelah sejuk pada suhu bilik barulah kek lapis kita tadi kita balut dengan plastik makanan atau food crystal wrapper.
Tujuannya adalah agar kek tidak basah atau berpeluh selepas dibalut. Jika basah ini akan menjadi kek lapis berkulat awal dengan cepat sebelum atau apabila sampai ke destinasi.
Kemudian barulah kita masukkan ke dalam kontena plastik yang selalu kita gunakan untuk jualan makanan seperti gambar diatas.
Jika menggunakan kontena yang kedap udara adalah lebih baik untuk tujuan penghantaran pos. Di kedai kami cukup menggunakan food container biasa pun boleh tiada masalah.
Nota tambahan
Jika kek yang anda buat adalah jenis kek lapis jenis yang basah dan berminyak agak banyak. Maka sebelum anda memasukkan kedalam kontena pastikan anda bungkus dengan kertas terlebih dahulu.
Ada yang mencadangkan untuk guna silica gel bagi menyerap lembapan ya tiada masalah, tetapi dalam sesetengah situasi agak sukar untuk mendapatkan silica gel dan pada masa akan meningkatkan kos yang lain pula.
Cukuplah dengan membalut kek anda tadi dengan kertas yang bersih. Tips ini sesuai untuk pembungkusan kek lapis basah atau kek lapiss yang dikukus.
Tips ini juga terpakai kepada anda jika anda mengejar masa untuk membuat penghantaran kepada pelanggan. Situasinya seperti kek baru keluar dari oven dan masih panas, tetapi anda perlu membuat penghantaran segera.
Apa yang anda boleh lakukan sejukkan seketika 5-10 minit kemudian boleh bungkus kek lapis anda dengan kertas terlebih dahulu walaupun masih panas untuk dihantar segera.
Ini akan membantu menyejukkan kek lapis anda tadi dan pada masa yang sama menyerap basahan yang dikeluarkan oleh kek lapis yang panas tadi. Cubalah.
Kemudian baru anda membungkus dengan langkah yang saya jelaskan seperti diabwah ini.
Cara membungkus kek lapis Sarawak untuk tujuan pengeposan
Pembungkusan kek lapis Sarawak ini jadi amat mudah jika anda menggunakan kontena plastik seperti yang saya terangkan diatas. Anda hanya perlu meletakkan kek lapis anda tadi ke dalam kotak untuk dibungkus.
Pastikan kotak yang digunakan bersih dan kering, utamakan kotak baru itu lebih sesuai untuk menjamin kualiti kek lapis terjaga.
Penggunaan bubble wrap tidak perlu jika anda sudah menggunakan kotena plastik tadi. Hanya perlu susun kek lapis anda rapat antara satu sama lain dan jangan ada ruang yang boleh menyebabkan kek bergerak atau bergoyang semasa penghantaran.
Tetapi jika tiada kontena plastik maka penggunaan bubble wrap itu perlu untuk menyerap hentakan yang boleh merosakkan kek lapis anda.
Sumbatkan kertas atau plastik pada ruang yang kosong untuk menahan kek anda bergerak jika kotak pembungkusan besar. Tujuan plastik atau kertas adalah untuk memampatkan ruang di dalam kotak tadi. Semasa menyumbat tu jangan terlalu kasar sampai merosakkan tekstur kek lapis kita.
Setelah memenuhi ruang barulah kita tutup kotak kita tadi dan salotape ruang-ruang yang boleh dimasuki serangga atau pasir. Salotape setiap bucu kotak dan ketuk supaya tumpul bagi mengelakkan kecerderaan.
Boleh rujuk video yang kami sediakan dibawah untuk memahami langkah yang betul dan selamat untuk pembungkusan kek lapis sebelum penghantaran menggunakan pos.
Nota penting kepada pelanggan dan agen kami
Kepada pelanggan dan agen kami, anda tidak perlu risau tentang cara untuk pos kek lapis anda dan bimbang ketahanan kek lapis anda sepanjang proses dan perjalanan penghantaran.
Kami di KekLapisBorong.blogspot.com ada menyediakan perkhidmatan pengeposan kek lapis Sarawak ke alamat pelanggan secara PERCUMA.
Dalam banyak courier yang kami pernah cuba tetapi pada tika ini kami hanya menggunakan courier SkyNet untuk menghantar kek kami kepada pelanggan.
Pemilihan courier ini adalah berdasarkan pengalaman kami bertahun-tahun dalam pengeposan kek lapis Sarawak dalam menjamin kek sampai adalah elok dan tahan lama.
Semoga bermanfaat. Itulah dia tu.