Recent Posts

Friday

Apa Itu Tepung Hong Kong Dan Penggunaan Dalam Kek Lapis Sarawak

Pengenalan tentang Tepung Hong Kong

Tepung ini amat popular di kalangan pembuat kek lapis di Sarawak. Tepung Hong Kong ini adalah jenis tepung serbaguna yang lazimnya digunakan dalam pembuatan kek dan pastri di Malaysia.

Nama "Hong Kong" dalam konteks ini merujuk kepada gaya dan cara penghasilan yang popular di kawasan tersebut, tetapi tidak bermakna tepung ini berasal dari Hong Kong secara langsung.

Tepung Hong Kong mendapat namanya kerana ia popular di Hong Kong dan digunakan secara meluas dalam pembuatan kek dan pastri yang berkaitan dengan masakan Cina. 

Meskipun namanya mungkin menimbulkan idea tentang tempat asalnya barangkali, tetapii nama Hong Kong tersebut bukanlah bermaksud asal usul tepung tersebut hanya boleh dituai dan didapati dari Hong Kong sahaja. Bukan ya.

Nama ini diambil dan digunakan lebih kepada kerana gaya masakan dan cara penggunaannya dalam pembuatan makanan adalah ala-ala masakan Hong Kong dan bukanlah tepung ini harus datang dari Hong Kong itu sendiri.

Walaupun namanya mengandungi "Hong Kong," ia sebenarnya banyak digunakan di seluruh Asia Tenggara dan popular di kalangan pembuat kek di Malaysia, termasuk dalam pembuatan kek lapis Sarawak.

Apa itu Tepung Hong Kong?

Tepung Hong Kong adalah sejenis tepung sangat putih dan halus amat mudah untuk membezakannya dengan tepung yang lain. Seringkali digunakan untuk membuat kuih pau dan juga kek lapis, harga tepung ini agak mahal sedikit tetapi berbaloi dengan hasil kek lapis yang akan dibuat. 

Tepung ini biasanya dihasilkan dengan bijirin gandum yang lebih halus dan mempunyai kandungan protein yang lebih rendah, menjadikannya ideal untuk menghasilkan tekstur yang lembut dan gebu dalam kek. 

Juga dikenali sebagai tepung serbaguna atau tepung kuih, adalah jenis tepung yang biasanya digunakan dalam masakan Cina Tionghoa, terutama untuk membuat dim sum, kue-kue tradisional, dan makanan ringan. 

Tepung ini memiliki kandungan protein yang lebih rendah dibandingkan dengan tepung biasa, sehingga menghasilkan tekstur yang lebih ringan dan lembut pada makanan yang diolah.

Ciri khas dari tepung Hong Kong adalah kemampuannya untuk memberikan hasil yang elastis dan kenyal yang sangat sesuai dalam pembuatan kek lapis. Citi ini jugasangat diperlukan dalam pembuatan makanan seperti kuih pau (roti kukus) dan kuih-kuih yang berisi ini di dalam. 

Tepung ini juga mudah rosak kalau disimpan terlalu lama oleh kerana itu kebanyakan kedai tidak mengambil stok yang banyak untuk tepung ini bagi mengelak kerugian akibat rosak. Ini juga punca kenapa tepung ini sukar didapati.

Sungguh pun begitu sebagai ganti jika tepung Hong Kong tiada stok, tepung sedia terjual dalam kotak boleh digunakan seperti jenama MFM, atau pun tepung gandum, cuma hasilnya berbeza. Untuk kek lapis, tepung gandum boleh digunakan cuma pastikan tekstur tepungnya halus.

Kenapa pembuat kek lapis Sarawak lazim menggunakan Tepung Hong Kong?!

Pembuat kek lapis sarawak sering menjadikan tepung Hong Kong sebagai pilihan utama dalam pembuatan kek lapis mereka kerana beberapa sebab yang tertentu.

Pertama, ini kerana tepung ini mempunyai kandungan protein yang lebih rendah berbanding tepung biasa seperti tepung gandum. Hasil penggunaan nya akan menjadikan kek lapis lebih halus dan memberikan tekstur yang lembut serta gebu pada kek tadi. 

Ini sangat penting untuk penghasilan kek lapis, di mana lapisan yang tipis dan lembut diperlukan untuk hasil yang cantik dan sedap. Jika terlalu kasar akan menjadikan kek kurang menarik dan mengubah rasa tekstur kek ketika makan.

Alasan kedua adalah kerana tepung Hong Kong ini medium menyerap air yang baik, ini pastinya akan membantu dalam menghasilkan lapisan yang tidak terlalu kering. 

Pada masa yang sama membolehkan setiap lapisan mengekalkan kelembapan dan rasa yang lebih sedap, ini akan memberikan pengalaman menikmati kek yang lebih memuaskan si pemakan.

Sebab yang ketiga pula adalah penggunaan tepung ini juga memberi kelebihan dalam proses pembakaran. Seperti yang kita tahu kek lapis akan dimasak dari satu lapisan ke satu lapisan jadi penting untuk menggunakan tepung yang sesuai dengan cara masakan ini.

Kek lapis yang dibuat dengan tepung Hong Kong biasanya akan jadi lebih kukuh teksturnya dan tidak mudah pecah semasa dibakar. Proses dan bahan ini sangat penting untuk mendapatkan lapisan-lapisan yang cantik dan menarik.

Dengan semua kelebihan yang saya senaraikan di atas ini, tidak hairanlah mengapa tepung Hong Kong menjadi pilihan utama bagi ramai pembuat kek lapis di Sarawak untuk memastikan hasil kek lapis yang siap dimasak dalam keadaan yang sempurna.

Nota tambahan:

Di Malaysia, selain nama dan jenama tepung Hong Kong adakah ada jenama pilihan lain untuk menggantikan tepung ini?

Di Malaysia, terdapat beberapa jenama tepung yang popular digunakan sebagai pengganti tepung Hong Kong dalam pembuatan kek khususnya pembuatan kek lapis sarawak. 

Antara jenama yang terkenal yang boleh didapati adalah:

Tepung Waterlily - Tepung yang diproses dari bunga teratai, tepung ini adalah jenis tepung yang dihasilkan dari biji atau umbi tanaman teratai (Nymphaea). 

Tepung ini sering digunakan dalam masakan tradisional di beberapa negara, terutama di Asia. Tepung ini memiliki tekstur halus dan dapat digunakan sebagai bahan pengental, dalam pembuatan kuih, atau sebagai bahan dasar dalam makanan sehat.

Tepung water lily juga terkenal kerana kandungan nutrisinya yang tinggi, termasuk protein dan serat. Ini menjadikannya pilihan yang menarik untuk mereka yang mencari alternatif tepung yang lebih sehat. 

Ada yang mengatakan tepung Hong Kong dan tepung Waterlily adalah sama tetapi jawapannya tidak. Kekeliruan kerana kehalusan dan fungsinya sama tetapi datang dari bahan yang berbeza.

Tepung Pau - Tepung daripada gandum yang diproses halus selalu digunakan dalam pembuatan pau. Jika anda tidak jumpa tepung pengganti yang lain untuk menggantikan tepung Hong Kong maka tepung ini adalah pilihan yang baik.

Tepung ini juga sesuai untuk membuat kek pastri yang lain selain pau dan kek lapis. Pilih jenama dan kategori tepung yang sesuai agar kek lapis anda menjadi.

MFM Tepung Paling Halus - Sesuai dengan namanya jika anda membuat kek lapis Sarawak maka pilih jenis tepung kategori paling halus.

Terdapat beberapa jenis untuk tepung jenama MFM jadi pilih tepung serbaguna yang betul untuk kek lapis anda.

Tepung Superfine - Juga dikenali sebagai tepung halus, tepung ini adalah sejenis tepung yang mempunyai tekstur sangat halus dan ringan lebih. Beberapa pengeluar juga mengeluarkan tepung yang dipanggil "superfine," yang berfungsi serupa dengan tepung Hong Kong.

Terdapat banyak jenis tepung grade superfine yang ada pelbagai nama dan jenama. Pilih mengikut kebiasaan atau yang biasa anda gunakan.

Tepung Cap Kawan Baru - Jenama ini menawarkan tepung Hong Kong yang sering digunakan dalam pembuatan kek lapis dan pastri. Tepung ini ada dua warna iaitu warna merah dan warna hijau plastiknya.

Warna hijau adalah yang selalu digunakan untuk pembuatan kek lapis Sarawak kerana yang merah sesuai untuk membuat roti.

Menangani permasalahan pemilihan tepung yang sesuai untuk membuat kek lapis

Kesemua jenis tepung alternatif di atas mempunyai dua persamaan. Kriteria yang anda perlu fokus adalah tepung yang low protein atau kandungan protein rendah dan teksturnya lebih halus daripada tepung gandum biasa.

Jenis dan jenama tepung ini boleh didapati di kedai-kedai runcit atau pasar raya besar di Malaysia. Pastikan untuk memeriksa label bagi memastikan ia sesuai untuk jenis pembuatan yang anda lakukan. 

Lain tempat dan lokasi anda akan jumpa pelbagai jenis jenama tepung. Masuk ke negeri lain maka akan jumpa tepung nama lain pula. Begitu juga di Sarawak jenama tepung nya akan lain bergantung pada dimana kilang memproses.

Jika di semenanjung akan menghadapi situasi yang sama. Tapi itu hanyalah permasalahan nama sahaja dalam memilih tepung.

Ini kerana ada juga kek yang meniru jenama kek untuk mengelirukan pengguna dalam melariskan jualan. Langkah berjaga-jaga harus ada dalam memastikan pembuatan kek lapis anda adalah menggunakan tepung atau bahan yang betul dan sesuai.

Diharap anda yang cuba untuk membuat kek lapis dan mencari tepung Hong Kong ini tahu untuk mencari alternatif tepung lain jika tidak berjumpa dengan tepung Hong Kong. Hanya ikut dua kriteria saya sebutkan diatas insyaAllah akan menghasilkan kek lapis yang sedap.

Semoga memberikan manfaat. Itulah dia tu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More