Recent Posts

Friday

Kuih Lapis Kuching - Kek Lapis Sarawak Yang Berada Di Kuching

Setelah sampai di Kuching Sarawak benda pertama yang ramai akan cari adalah kek lapis Sarawak. Anda beruntung kerana berada di lokasi yang sangat tepat kerana Kuching Sarawak ibarat syurga bagi peminat kek lapis sarawak.

Sejujurnya bagi aku secara peribadi di Kuching Sarawak adalah tempat yang sangat sesuai untuk kita mencari kek lapis sarawak. Terdapat banyak tempat yang anda boleh pergi untuk mencari kek lapis sarawak. 

Di bandar Kuching sebagai contohnya jika anda jika anda berjalan di sekitar bandaraya Kuching tersebut anda akan jumpa ramai perniaga yang menjual kek lapis sarawak. Tak kisahlah perniagaan yang menjual di kedai yang besar ataupun peniaga yang menjual di tepi-tepi jalan.

Aku secara peribadi sebagai orang yang selalu membeli kek lapis sarawak aku ada tempat favourite aku sendiri. Tempat ini menjadi favourite kepada aku kerana mempunyai pelbagai pilihan kek yang berwarna-warni. 

Semestinya yang utama adalah mempunyai rasa kek lapis yang sangat sedap bagi aku. Selain itu mempunyai pilihan yang sangat banyak. Bukan itu sahaja tempat ini kerana mereka mempunyai packaging yang sangat kemas dan menarik. 

Yalah sebagai orang luar yang membeli kek lapis dalam kuantiti yang banyak perlu untuk kita ada packaging yang kemas mudah untuk kita membawanya masuk ke dalam kapal terbang agar ianya selamat dan tidak rosak. Jom aku kongsikan lokasinya yang aku sarankan kau orang mesti pergi. 

Di sini aku assume yang apabila kau orang datang ke Kuching Sarawak tempat utama penginapan hotel yang kau orang pilih adalah di kawasan dalam bandar. Di kawasan bandar ni ianya tidak jauh daripada sungai sarawak atau dikenali sebagai kawasan waterfront. 

Di sekitar waterfront sendiri kita boleh lihat ramai peniaga-peniaga kecil yang berniaga kek lapis sarawak di sepanjang perjalanan waterfront. Tapi tempat yang aku ingin suggest kepada anda semua adalah diseberang sungai waterfront tersebut. 

Kalau kau orang nak tahu di seberang tu terdapat lebih banyak pilihan kek lapis sarawak yang kau orang boleh pilih. Dan aku pasti kau orang akan rambang mata untuk memilih kek yang mana satu atau kedai yang mana satu untuk anda pilih. 

Jangan risau untuk ke seberang sungai tu ada dua cara untuk anda menyeberang. Yang pertama adalah dengan menggunakan jambatan baru yang serba cantik dan gah di Kuching Sarawak iaitu jambatan Darul Hana. Kau orang boleh menggunakan jambatan ini terus menyeberang sungai dan sampai ke seberang sana dengan hanya berjalan kaki. Jangan risau tiada cas ataupun apa-apa bayaran yang dikenakan kepada mereka yang menggunakan jabatan Darul Hana ini. 

Bagi yang suka kan view yang cantik pemandangan yang cantik yang lebih berminat menikmati pemandangan-pemandangan yang indah boleh menggunakan jambatan ini untuk menambah pengalaman dan kenangan anda ketika berada di Kuching Sarawak.

Atau jika anda jenis orang yang sukakan cabaran ataupun kenangan lain yang boleh anda bina. Ada satu lagi laluan ataupun kemudahan yang disediakan oleh kerajaan sarawak kepada penduduk sekitar ataupun orang luar untuk menyeberangi sungai Sarawak. 

Di waterfront ada satu pengangkutan yang boleh anda guna untuk menyeberangi sungai tersebut yang di mana ianya dipanggil penambang. Penambang ni adalah kemudahan yang disediakan oleh penduduk kampung sekitar lebih-lebih lagi penduduk yang berada di seberang yang menyediakan perahu atau sampan yang agak besar iaitu sampan penumpang di mana anda boleh menggunakan hikmat mereka untuk menyeberang sungai Sarawak tersebut untuk sampai ke seberang sungai. 

Anda tidak perlu risau kerana pengangkutan ini ianya disokong oleh kerajaan negeri Sarawak sendiri untuk kemudahan penduduk sekitar pelancong luar yang datang ke Sarawak. Ciri-ciri keselamatan akan ditekankan dan segala peralatan keselamatan akan disediakan kepada anda lebih-lebih lagi kepada mereka yang risau atau pun tidak pandai berenang. 

Gunalah sebaiknya dua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Sarawak ini untuk memudahkan anda ke seberang sungai Sarawak. 

Berbalik kepada misi kita untuk mencari kek lapis sarawak di sini ada dua tempat yang menjadi kunjungan orang luar ataupun penduduk tempatan. Aku selalu membeli kait lapis Sarawak di dua tempat ini iaitu Mira Cakehouse yang berada betul-betul di depan sungai anda boleh lihat kedainya berwarna merah. 

Satu lagi lokasi kedai kek lapis sarawak yang aku paling suka adalah kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Dalam dua kedai ni kek lapis Dayang Salhah yang paling aku favourite kerana mempunyai pilihan sangat banyak dan mempunyai rasa kek yang unik dan sedap bagi lidah aku. 

Walaupun macam tu, dua kedai ini mempunyai kelebihan yang sama bagi aku sesuai untuk mereka yang datang membeli dalam kuantiti yang banyak mempunyai packaging yang sangat kemas dan sangat cantik. 

Baik aku akan ceritakan dengan lebih lanjut pada artikel akan datang di mana semua boleh pergi kedua kedai ini lokasi yang betul. Kerana aku percaya apabila kau orang sampai di seberang jalan akan rambang mata nak pergi kedai yang mana satu. 

Aku akan cuba untuk menceritakan lokasi yang tepat ataupun exact location di mana kau orang boleh pergi ke tempat tersebut dan membeli kek lapis di sana dan mendapat perkhidmatan yang bagus seperti yang selalu aku terima setiap kali aku ke sana. 

Boleh lihat artikel aku yang seterusnya, maaf kerana aku tidak dapat nak ceritakan di sini kerana aku kena pastikan dahulu maklumat yang aku berikan adalah tepat kepada anda semua takut nanti ada yang sesat pula di seberang jalan. 

Itulah dia tu.

Cara Tambah Pendapatan Dengan Bisnes Bakeri Di Rumah

Dari Suri Rumah ke Usahawan Bakeri: Kisah Inspirasi Aina

Secara jujurnya sebagai seorang yang terlibat dalam perniagaan tak kira la perniagaan sampingan atau memang seorang fulltime berniaga. 

Satu benda yang selalu aku akan cari di media social adalah kisah motivasi untuk memberi semangat kepada aku untuk terus kekal yakin yang apa aku lakukan ini akan memberikan hasil yang lumayan nanti.

Hari ini aku nak ceritakan pada anda semua kisah seorang suri rumah yang pernah merasakan betapa mencabarnya menguruskan kewangan keluarga. 

Dia diamanahkan oleh suami untuk menguruskan kewangan ibarat macam accountant keluarga dimana si suami akan mencari nafkah samada dari gaji atau kerja sambilan. 

Semua duit akan diserahkan apda si isteri untuk disalurkan kepada perbelanjaan bulanan.

Yelahkan background isteri pun pernah belajar dan pernah menjadi accountant sebelum berkahwin dan setelah berkahwin si suami minta isteri berhenti kerja untuk fokus kepada keluarga dan sekarang anak di rumah. 

Sebagai seorang ibu kepada tiga orang anak, diaselalu mencari cara untuk menambah pendapatan.

Bukanlah bermaksud si suami tidak memberikan kewangan yang cukup malah lebih dari cukup. 

Cuma manusia ini selalu rasa nak tingkatkan ekonomi diri dan keluarga. Mungkin anda pernah merasakannya juga, kan?

Si isteri namanya Aina dan suatu petang yang tenang macam hari-hari lain, dia duduk di dapur sambil menguli adunan roti untuk mencuba menu baru yang dia belajar dari media sosial Youtube. 

Tiba-tiba, terlintas di fikiran: “Kenapa tidak saya mulakan bisnes bakeri dari rumah?” Dia teringat betapa semua orang di sekitarnya memuji kuih-muih yang dia buat untuk keluarga dan jiran-jiran.

Si Aina ni dikatakan suka mencuba resepi baru yang mudah seperti membuat kuih dan sebagainya dan dia juga rajin bersedekah dengan jiran berdekatan atau rakannya untuk mencuba resepi barunya bagi mendapatkan pendapat mereka tentang menu tersebut.

 Mereka sering memuji makanan si Aini ni sedap sedangkan Aina tahu dia buat ikut resepi internet sahaja. 

Rakan dan jiran yang jenis jujur kalau sedap mereka akan kata sedap dan kalau tak sedap mereka akan komen untuk penambaikan.

Ramai juga dikalangan mereka membuat permintaan untuk satu-satu menu bagi majlis keraian seperti hari jadi, kenduri dan sebagainya. 

Kerana mereka tahu dan pernah mencuba masakan puan Aina. Dari situ, idea untuk menjana pendapatan sampingan bermula!

Namun, cabaran itu ada. Dia tidak tahu di mana untuk mula. Kos permulaan, cara menjual, dan semua persoalan lain berlegar di minda. 

Setiap nak memulakan sesuatu memang akan ada cabaran yang akan kita hadapi samada cabaran kecila atau cabaran besar yang pastinya untuk pengalaman kita dalam meningkatkan kemahiran diri berubah dari biasa-biasa ke luar biasa manusia berjaya.

Ketika sedang mencari jawapan dari media sosial dan internet, ada banyak cara tapi tidak semua menceritakan secara detail perkara yang harus diambil kira dengan seeloknya. 

Ada pun panduan tapi tidak complete dan ada juga amat susah untuk difahami oleh mereka yang baru hendak bermula dengan perniagaan kecil-kecilan ini. 

Selang beberapa ketika akhirnya dia terjumpa sebuah panduan Ebook Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah.

Apa yang AinaTemui dalam Ebook Ini?

Ebook ini adalah seperti mentor peribadi kepadanya. Si penulis dengan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri bakeri, penulis berkongsi langkah demi langkah bagaimana untuk memulakan bisnes ini. 

Dari menetapkan matlamat hingga ke cara mengatasi cabaran yang mungkin muncul—semua ada! 

Semuanya dijelaskan secara mudah faham bagi pemula yang baru berkecimpung bidang perniagaan lebih lagi perniagaan bakeri dari rumah pulak tu. Sangat sesuai dengan apa yang dia cari seminggu dua ni.

Apa yang membuat lebih teruja apabila membaca tentang:

Kos Pemulaan yang Rendah: Tidak perlu menyewa kedai atau membeli peralatan mahal. 

Saya hanya menggunakan barang yang sudah ada di dapur.

Sewa kedai dan alatan nak mula ni memang mahal itupun kalau menjadi tapi kalau tak rugi dah beli dan sewa semua tu kalau tak berikan untung. 

Tapi dari panduan ni boleh tahu selok kos permulaan yang rendah. Akauntan la katakan semua nak kena kira.

Buat Berdasarkan Tempahan: Ini adalah kelebihan besar! Saya tidak perlu risau kuih atau roti yang tidak habis dijual.

Bila difikirkan balik iye tak iye jugak kan kenapa tak buat pre-order untuk buat tempahan jadi setiap roti yang dibuat memang tahu akan habis terjual. Ambik order awal sebagai pre-order kemudian baru buat ikut seperti yang ditempah. Bijak!

Promosi Tanpa Stres: Cukup dengan menunjukkan gambar produk di media sosial, pelanggan sudah mula menghampiri saya.

Promosi adalah nadi kepada perniagaan tak kira perniagaan besar atau kecil. 
Panduan ni ajarkan cara nak promosi dengan cara betul dan berkesan tanpa stres. 

Hanya pakai media sosial tapi kenalah tahu caranya macam mana membuat pembaca tengiur untuk membuat tempaha. Itu rahsianya, nak belajar tak?!

Transformasi Hidup Yang Tidak Disangka

Bermula dari tempahan kecil seminggu 2-3 kali akhirnya menjadi tempahan hari-hari dan sampai tak menang tangan. 

Aina faham tanggungjawab sebagai isteri mulanya untuk jaga anak dan keluarga seperti yang si suami beritahu.

Di situ Aina mula mampu mengupah pekerja, bermula dengan memberi pekerjaan kepada ibu tunggal yang duduk berkekatan yang tiada keja tetap dan akhirnya sekarang telah menjadi pekerja paling rapat dan dapat diharap. 

Bermula dengan seorang pekerja akhirnya dapat operasi seperti kilang kecil itupuan hanya operasi dibelakang rumah yang diubah suai.

Pendapatan bersih setelah tolak segala kos pada awalnya RM100-200 sebulan dan kemudian RM1k-2k sebulan! Sehinggan akhirnya dapat mengaji orang lain untuk bekerja diabawahnya. 

Satu perubahan yang sangat besar dalam satu tahun siapa sangkankan.

Lebih menggembirakan, Aina dapat menguruskan rumah dan anak-anak sambil menjana pendapatan. 

Suami pun semakin berbangga melihat keadaan sekarang dan suami amat berterima kasih kerana tidak mengabaikan keluarga, Aina jadi lebih berdikari dan berusaha keras. 

Sekarang, dapur saya sentiasa meriah dengan bau roti dan kuih yang segar. Yelah hari-hari buat roti.

Sekarang berbalik kepada anda, ini peluang anda untuk jadi orang seterusnya.

Jika anda juga seorang suri rumah yang ingin mengubah hidup, ebook ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan. 

Anda akan mendapat panduan lengkap serta bonus menarik yang akan memudahkan anda memulakan perjalanan ini.

Bab aku sendiri paling suka adalah cara kira kos kerana apa-apa perniagaan kalau tidak kira kos atau jaga cash flow dengan betul maka anda susah untuk kekal lama. 

Ini yang diajarkan dalam panduan.

Cara promosi santai tu pun aku sangat suka sebab berniaga ni kita tak perlu memaksa orang beli tapi dengan gaya dan cara yang betul orang akan terpanggil untuk mencuba sendiri dan akhirnya menjadi pelanggan setia anda.

Jaminan Pulangan Wang

Masih ragu-ragu? Jangan risau sebab panduan ni disertakan dengan jaminan pulangan wang 100%! Jika selepas membacanya anda merasa tidak berbaloi, anda boleh dapatkan semula wang anda tanpa banyak soal. Jadi, tiada risiko kepada anda pun!





Itulah dia tu.


Thursday

Cara Simpan Kek Lapis Sarawak Yang Optimal Tidak Mudah Rosak Pada Suhu Bilik

Kek lapis Sarawak terkenal dengan lapisan-lapisannya yang berwarna-warni dan rasa yang unik bagi setiap kek, kek lapis ini juga adalah salah satu kudapan yang sangat digemari oleh ramai orang. Untuk memastikan kelazatan kek ini tetap sentiasa terjaga kualitinya cara penyimpanan yang betul dan tepat sangatlah penting. Mari kita bincangkan lebih lanjut!

Mengapa Penyimpanan Kek Lapis Sarawak Penting?

Kek lapis Sarawak mempunyai tekstur yang lembut dan rasa yang kaya. Ini kerana ada pelbagai bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek lapis ini. Jika tidak disimpan dengan betul maka kek lapis ini boleh jadi kering, mula tumbuh kulat putih atau bahkan berbau tak sedap. Jadi, penyimpanan yang baik dan betul adalah kunci untuk mengekalkan kesegaran dan keenakannya yang sedap untuk dimakan bila-bila masa.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kualiti Penyimpanan Kek Lapis Sarawak

Suhu Penyimpanan Yang Sesuai
: Kek lapis sebaiknya disimpan pada suhu bilik yang normal. Suhu stabil membantu mengekalkan kelembapan alami kek lapis. Ini fokus kepada penyimpanan sementara jika kita hendak menjamu tetamu yang datang atau untuk makanan sendiri.

Jika untuk simpanan lebih lama digalakkan untuk menyimpan di dalam peti sejuk dan elakkan bercampur dengan bahan mentah atau makanan yang berbau yang boleh merosakkan kualiti kek lapis tadi.

Bekas Penyimpanan Yang Sesuai: Pastikan b
ekas penyimpanan sentiasa tertutup dengan menggunakan kontena plastik atau dengan menggunakan bekas kaca untuk menyimpan kek. Sentiasa pastikan bekas yang digunakan tu tertutup rapat untuk mencegah kek lapis terdedah kepada udara secara langsung yang boleh menyebabkan kekeringan pada kek lapis. Jika terlalu kering maka kek akan jadi tak sedap.

Hindari Dari Lembab atau Basah: Kelembapan berlebihan boleh menyebabkan pertumbuhan lumut. Pastikan bekas penyimpanan kering sebelum digunakan. Lap betul-betul bekas setelah dicuci dan begitu juga pisau yang digunakan untuk memotong haruslah tidak basah ketika memotong.

Terdedah kepada c
ahaya matahari: Harus pastikan kek anda terhindar dari terkena cahaya matahari secara langsung. Ini kerana sinaran matahari dapat mengubah warna dan tekstur kek lapis. Disarankan disini untuk disimpan di tempat yang sejuk dan gelap.

Kesimpulannya dengan memperhatikan dan mengambil kira faktor-faktor di atas, anda boleh mengekalkan kek lapis Sarawak agar kekal lazat dan segar setiap kali anda ingin menjamunya. Penyimpanan yang baik memastikan anda dapat menikmati kelazatan kek lapis ini lebih lama. Jadi taklah rugi kita beli jauh nun di Sarawak tapi akhirnya kita tak dapat menikmati kesedapan kek lapis tersebut kerena tidak menyimpan dengan betul.

Tips Tambahan:

Bungkus kek lapis satu-satu. Untuk penyimpanan lebih lama, bungkus setiap loaf kek dengan plastik wrap sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk tertutup. Elak kerap tersentuh dengan tangan lebih-lebih lagi tangan basah.

Hindari dari menggunakan bekas logam: Bekas logam ni sebenarnya boleh dikatakan akan menyebabkan reaksi kimia yang akan react kepada kek lapis kita yang pada akhirnya mempengaruhi rasa dan warna kek lapis kita itu tadi.

Periksa secara berkala: Semak kek lapis secara berkala untuk memastikan tidak ada tanda-tanda kerosakan, seperti lumut atau perubahan warna. Kadang kita tidak tahu mungkin bekasnya terbuka atau sesiapa yang sebelum ini yang memegang kek lapis tersebut tidak menyimpan seperti yang sebelumnya.

Dengan cara penyimpanan yang betul, kek lapis Sarawak dapat dinikmati dalam keadaan terbaik untuk jangka masa yang lebih lama. Pastikan untuk menyimpan kek dalam bekas tertutup, jauh dari kelembapan, udara, dan cahaya matahari untuk memastikan setiap lapisan kek mengekalkan kelezatannya. Selamat menikmati kek lapis Sarawak anda!


Itulah dia tu. Semoga bermanfaat.

Tahu Tak Bisnes Air Balang Ni Modalnya Rendah Tapi Untung Lumayan Gila?!

BIAR BETUL! Untung 10 kali ganda dari modal?! Patut la boleh upah ramai pekerja..!


Asalnya bermula dengan mencuba-cuba sahaja bisnes ni sebab yelah kalau nak meniaga makanan aku ni bukan pandai masak sangat pun kalau buat air tu pandai la. Selesai bancuh air dalam balang lepas tu tunggu orang datang beli. Kalau jual masakan tu jenuh sikit setiap kali order nak kena masak.

Dipendekkan cerita walau hanya dengan berjual secara part-time pun dah boleh jana sampai 4 angka dalam RM7k. Banyak kan..


Wednesday

Rahsia Menjana Pendapatan Sampingan dengan Bisnes Aiskrim

Jual Aiskrim Macam Bangla Apa Kelas?!!

Kelas tak kelas jana RM5k beb.. malu wey bangla yang ko hina lebih berduit dari korang! Dia buat part-time je weyy!!


Tak baik tau kita cakap macam tu, bila mana ada yang meniaga mencari rezki halal kita kena sokong tak dengan duit kita sokong dengan moral.

Meh aku ceritakan kejayaan si pembuat aiskrim yang tiada pengalaman yang boleh membuka minda untuk berubah.

Dalam dunia yang serba mencabar ini, ramai di antara kita berdepan dengan masalah kewangan. Mungkin anda adalah salah seorang daripada mereka yang berfikir, "Bagaimana saya boleh menambah pendapatan tanpa mengganggu pekerjaan tetap saya?" Jika ya, izinkan saya berkongsi satu cerita yang mungkin akan mengubah cara anda melihat peluang.

Kenali Afiq Dato’ Rusly

Mari kita kenali Afiq Dato’ Rusly, seorang jurulatih usahawan makanan yang telah membantu lebih 15,000 orang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Berasal dari latar belakang kulinari, Afiq menyedari bahawa ramai orang berimpian untuk memulakan perniagaan tetapi tidak tahu di mana untuk bermula. Dengan pengalaman dan kejayaan dalam bisnes burgernya, Afiq kini ingin mengajak anda untuk mencuba sesuatu yang lebih segar – bisnes aiskrim!

Potensi Bisnes Aiskrim

Bayangkan ini: Anda boleh menjana pendapatan sampingan sehingga RM5,000 sebulan dengan hanya menjual aiskrim pada hujung minggu. Tanpa modal yang tinggi, tanpa kemahiran memasak yang rumit, dan paling penting, tanpa mengganggu kerja tetap anda. Menarik, bukan? Dalam panduan "Bisnes Aiskrim", Afiq membongkarkan semua rahsia dan strategi yang diperlukan untuk menjayakan perniagaan ini.

Langkah Demi Langkah ke Kejayaan

Dalam ebook ini, Afiq mengajar anda cara mengenali jenis-jenis aiskrim, cara membuatnya dengan resepi rahsia, dan cara untuk menjual dengan efektif. Anda akan belajar bagaimana memanfaatkan peluang di sekeliling anda, seperti menjual aiskrim di taman, majlis perkahwinan, dan pelbagai acara lain.

Bukan itu sahaja! Afiq juga menyediakan panduan tentang peralatan yang diperlukan, cara penyimpanan aiskrim, dan margin keuntungan yang menguntungkan. Dengan semua maklumat ini, anda tidak perlu lagi menghabiskan masa dengan percubaan yang mungkin membuang duit dan tenaga.

Bukti Kejayaan

Anda mungkin berasa ragu-ragu, tetapi di dalam ebook ini terdapat testimoni (bukti testimoni klik kat sini) daripada mereka yang telah mengikuti panduan ini dan meraih kejayaan. Mereka yang dahulunya tidak tahu bagaimana untuk memulakan, kini sudah mampu menjana pendapatan yang lumayan dan memperbaiki kehidupan mereka.

Tawaran Istimewa

Sekarang, anda tidak perlu menunggu lagi! Ebook "Bisnes Aiskrim" kini boleh dimiliki pada harga mampu milik. Dan yang lebih menarik, ia datang dengan jaminan pulangan wang 100% jika anda tidak berpuas hati. Ini adalah peluang yang tidak boleh anda lepaskan!

Korang belajar dari panduan dan jika rasa panduan ini terlalu basic atau rasa tidak sesuai dengan anda maka hubungi admin untuk dapat refund. Tak rugi pun pada pihak anda, kalau barang tak MANTUL (Mantap Betul) dia tak berani nk offer refund tau!

Kesimpulan

Sejujurnya dalam panduan ini BAB 3 tu paling aku suka sebab dia tunjuk macam mana dia buat RM5k dengan part-time beserta lubuk yang betul untuk menjual. Lubuk ni kalau korang bijak bukan Ais Krim je tau yang korang boleh jual. Opss tercakap plak..hahaha

Jika anda ingin mengubah nasib kewangan anda dan mencari cara yang praktikal untuk menjana pendapatan sampingan, ebook ini adalah langkah pertama yang tepat. Jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja. Dapatkan panduan "Bisnes Aiskrim" hari ini dan mulakan perjalanan anda ke arah kejayaan!



Itulah dia tu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More