Recent Posts

Showing posts with label update. Show all posts
Showing posts with label update. Show all posts

Thursday

Tempoh Masa Penghantaran Kek Lapis Sarawak Dengan Perkhidmatan Kurier

tempoh dan penghantaran kek lapis sarawak

Ramai yang bertanya mengenai tempoh penghantaran kek kami mengambil masa berapa lama dan disini kami akan menerangkan serba sedikit mengenai tempoh penghantaran bagi satu-satu kek ke mana-mana kawasan. 

Tempoh masa diambil untuk kek lapis sampai

Tempoh penghantaran kek lapis Sarawak yang kami hantar kepada pelanggan kami selalunya akan mengambil masa 1-3 hari untuk dipos dari Sarawak ke semenanjung atau Sabah. Adakalanya akan mengambil masa sehingga 7 hari untuk sampai.

Sungguhpun kek kadangnya sampai selepas 7 hari tetapi kek lapis yang kami bungkus akan tahan lama jika dihantar dan dijaga elok oleh pihak kurier. 

Jika kek sampai itu rosak ianya kemungkinan disebabkan handling atau pengurusan yang cuai seperti kotak pecah kerana ditindih atau tikam dan sebab lain kotak terdedah pada cuaca yang tidak stabil seperti hujan dan panas yang boleh merosakkan kualiti kek. 

Alasan kenapa kek lapis Sarawak lambat sampai

Tempoh ini bergantung kepada banyak faktor seperti musim perayaan, public holiday, ketika ramai membuat jualan promosi dan banyak macam sebab lagi. Keadaan ini pastinya menggangu pemprosesan dan perjalanan penghantaran oleh pihak kurier servis.

Selepas kami menerima pembayaran pembelian kek daripada pihak pelanggan dan agen, kami akan terus memproses untuk membuat penghantaran dalam masa 24 jam. 

Selalunya diproses satu hari sahaja untuk kek lapis yang di dalam stok, jika terima order dan bayaran waktu pagi atau tengahari maka kek lapis akan kami proses untuk di pick up oleh pihak kurier pada petangnya.

Penghantaran hanya akan dibuat selepas menerima bayaran dari pelanggan atau agen.

Kami akan membuat penghantaran kepada pelanggan setelah pembayaran dibuat dan ini bermakna semakin awal anda membuat pembayaran semakin singkat masa yang akan diambil untuk kek lapis sampai kepada anda.

Ini kerana jika belum menerima pembayaran kami berpendapat pelangan masih belum memberikan kata putus dan ini akan melambatkan proses pembungkusan dan penghantaran.

Bagi kek yang ready stok proses pembungkusan dan pengeposan akan mengambil masa 24 jam atau kurang seperti yang saya jelaskan diatas tadi.

Bagi tempahan kek lapis pre-order masa 7 hari kami perlukan untuk memproses kek anda sebelum kami boleh mula membungkus dan menghantar kek anda. Ini bertujuan untuk menjamin kek yang segar baru dibuat diberikan kepada pelanggan agar kualiti dan rasa sentiasa terjaga.

Tips tempahan musim perayaan dan musim jualan promosi

Musim perayaan seperti hari raya dan sebagainya, kami galakkan untuk menempah lebih awal kerana kami memerlukan masa untuk menyediakan kek lapis untuk memenuhi permintaan yang diterima. 

Kami akan menutup tempahan seminggu sebelum hari perayaan kerana khuatir dan tidak mahu kek lapis sampai selepas perayaan.

Bagi tempahan kek ketika musim promosi satu Malaysia di mana banyak platform seperti Shopee, Lazada dan sebagainya membuat promosi tahunan atau bulanan, kami sarankan untuk tempah kek lebih awal.

Ini kerana parcel selalu sangkut lama di gudang perkhidmatan kurier dan akan megambil masa extra untuk memproses dan menghantar dari pihak kurier.

Perkhidmatan kurier yang kami guna

Untuk pengetahuan semua kami menggunakan Skynet Courier sebagai medium kami untuk menghantarkan kek lapis kepada semua pelanggan dan agen kami. 

Secara logiknya dimana-mana kawasan yang ada Skynet Courier berdekatan dengan kawasan mereka ianya tidak akan mengambil masa yang lama untuk sampai setelah anda membuat pembayaran kepada kami. 

Kami akan berikan no. tracking Skynet Courier selepas kami membuat penghantaran dan anda boleh jejak perjalanan penghantaran kek lapis anda dari link dibawah ini:


Walaupun anda berada di kawasan yang agak jauh seperti Penang, kawasan utara atau Johor dan sebagainya lazimnya ianya akan megambil masa dalam 1-3 hari sahaja atau paling lama 7 hari bergantung kepada peak season.

Walaupun kami ada pilihan kurier lain tetapi kami lebih prefer menggunakan Skynet dan kurier yang lain adalah sebagai backup kepada kami untuk alasan yang tertentu. 

Pengalaman kami dengan Skynet amat baik dan pelanggan kami amat berpuas hati dengan penghantaran dan masa yang diambil untuk sampai ke alamat penerima. Semuanya untuk kebaikan pelanggan dan agen kami.

Kami selalu menghantar kek lapis ke Penang dan apa yang menariknya ianya selalu mengambil masa satu hari sahaja sebagai contohnya jika kami membuat penghantaran hari ini esok dah sampai pada agen atau pelanggan memang cepat. 

Kami pun agak terkejut tetapi apabila menerima berita dari agen kami bahawa kek telah sampai kepada dia dan pelanggannya selepas 2-3 hari.

Bagi agen yang berada di Singapura atau Brunei kami akan terus berhubung dengan anda jika ada pembaharuan mengenai kos penghantaran kerana kami sedang mencari courier yang boleh dipercayai yang mengenakan penghantaran yang murah tetapi memberikan servis yang bagus. 

Kami menghadapi masalah menghantar ke luar negara kerana kos yang tinggi. Jika anda mempunyai cadangan boleh hubungi kami untuk bertukar maklumat.

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai tempoh penghantaran atau apa sahaja persoalan boleh menghubungi kami samada melalui email ataupun telefon kami sedia membantu. 


Anda juga boleh menggunakan chatbox yang kami sediakan disebelah dan kami akan menjawab dengan kadar segera.

Untuk melihat senarai terkini kek lapis Sarawak kami anda boleh klik dua link ini Senarai Kek Lapis atau Tempahan Kek Lapis diatas. Atau boleh tekan button kuning pada atas pos ini.

Sunday

Kek Lapis Sarawak Tahan Berapa Lama | Cara Simpan Kuih Lapis & Penjagaan Yang Betul

Ramai yang bertanya mengenai berapa lama kek kami tahan dan bagaimana cara penjagaannya. Entry pada kali ini kami akan menerangkan serba sedikit maklumat yang perlu anda tahu tentang cara penjagaan kek lapis.

kek lapis tahan satu tahun

Kami bahagikan entry kali ini kepada beberapa bahagian dengan tujuan untuk memudahkan anda faham dengan lebih lanjut mengenai sebab kenapa ada kek yang mudah rosak walaupun sudah dijaga dengan elok dan cara penyimpanan dan penjagaan yang betul untuk menjaga kualiti dan rasa kek lapis Sarawak.


1.    Bagaimana menyimpan kek lapis agar tahan seminggu?!

Secara am nya kek kami akan tahan sehingga 1-7 hari atau seminggu jika diletakkan pada suhu biasa iaitu pada suhu bilik. Ini sangat sesuai bagi mereka yang meletakkan kek pada ruang tamu untuk jamuan hari raya kerana ianya boleh tahan sehingga seminggu dan anda tidak perlu kerap kali menyimpan ke dalam peti sejuk.

Dengan ketahanan kek yang lama pada suhu biasa ini memudahkan kami untuk membuat penghantaran dengan menggunakan courier seperti Poslaju tanpa perlu risau kek rosak setelah tiba dilokasi pelanggan.



2.    Bagaimana cara menyimpan kuih lapis Sarawak supaya tahan lama 2 minggu?

Bercakap tentang suhu sejuk seperti suhu dalam peti sejuk kek boleh tahan sehingga 2 minggu. Tetapi pastikan kek tersebut dibalut dengan plastik nipis atau didalam bekas plastik lutsinar atau packaging asal untuk mengelak kek lapis terdedah kepada air agar lebih tahan lama.

Penggunaan peti sejuk amat digalakkan jika anda ingin mengekalkan kualiti rasa kek lapis dan pada masa yang sama dapat disimpan dalam jangka masa yang agak lama selama dua minggu.

Sungguh pun begitu kena tahu cara penyimpanan yang betul bagi memastikan simpanan kek lapis ini betul-betul tahan lama dan tidak sia-sia. 

Dibawah kami sediakan entry bagaimana menyimpan kek lapis Sarawak di dalam peti sejuk dengan betul supaya tahan 2 minggu.

Kami pernah menerima pertanyaan dari pelangan yang kek masih rosak walaupun sudah disimpan di dalam peti sejuk. Setelah menanya beberapa soalan kami kemudiannya faham kenapa kek lapis yang disimpan di dalam peti sejuk pun boleh rosak cepat.

Kami komited untuk membantu pelanggan agar mereka berpuas hati dengan kek lapis kami dan sebagai cara untuk memberikan layanan selepas beli atau dalam English post-purchase service maka kami sediakan entry seperti dibawah.


3.    Kek lapis Sarawak boleh tahan 1 hingga 3 bulan jika disimpan di dalam chiller

Pada mulanya kami tidak rasa perlu untuk kami menulis panjang mengenai cara penyimpanan kek lapis di dalam chiller kerana kami fikir tidak ramai yang ada chiller di rumah kerana peti sejuk pun sudah memadai.

Kami silap kerana terlupa dikalangan pelanggan kami sendiri adalah agen penjual kek lapis kami sendiri dimana mereka ada chiller yang digunakan untuk menyimpan barang berniaga. 

Jadi disini kami selitkan sekali tip bagaimana menyimpan kek lapis di dalam chiller.

Kami sarankan anda membaca juga entry mengenai cara betul menyimpan kek lapis di dalam chiller. Tekan di sini untuk artikel cara menjaga dan menyimpan kuih lapis sehingga lebih satu bulan.

4. Cara menyimpan dan menjaga kualiti kek lapis sarawak dari 6 bulan sehingga 1 tahun

Untuk penyimpanan yang lebih lama anda boleh meletakkan kek ke dalam freezer dimana pada suhu sejuk yang sangat tinggi. Kini ramai orang memiliki freezer dirumah untuk meletak daging ayam dan lembu atau bahan yang lain. 

Jika kek diletakkan didalam freezer ini ianya boleh tahan 6 bulan sehingga setahun.

Jika anda tidak mempunyai freezer dirumah jika diletakkan didalam peti sejuk dimana tempat anda untuk membekukan air menjadi ais pun sama kek lapis akan tahan selama satu bulan. 

Kalau boleh pastikan suhunya sentiasa sejuk agar kek lapis dapat disimpan pada suhu yang betul dan bileh tahan lebih lama.


Diharap penerangan kami ini dapat membantu anda menjaga kek lapis agar lebih tahan lama. Jika mempunyai apa-apa persoalan boleh gunakan chatbox disebelah atau bawah post ini. 

Kami akan menjawab segala kemusykilan anda.

Itulah dia tu. Semoga bermanfaat.

Kek Lapis Sarawak Kami Halal 2025

kek lapis halal

Sepanjang bulan puasa ni ramai yang bertanya mengenai Kek Lapis Sarawak kami ni HALAL ke HARAM siap ada yang nak sabotaj lagi huhu tak baik tau buat macam tu Tuhan marah hehe. 

Disini kami ingin jelaskan mengenai status kek kami dan diharap post kali ini dapat membantu anda menilai samada Kek Lapis kami ni Halal ke tidak statusnya =)

Kami menggunakan mentega jenama Bakels yang telah disahkan oleh JAKIM status Halalnya alhamdulillah. Jadi Kek Lapis kami ni HALAL untuk dimakan. 

Kami berusaha untuk menyediakan makanan yang halal kepada semua orang lebih-lebih lagi umat Islam kerana mencari yang halal itu fardhu. 

Maaflah kat sini kami tak dapat nak sediakan gambar butter yang kami gunakan itu sebab lupa nak tangkap gambar nanti jika kami dah  ambil kami akan update lagi k.

*Ini certificate HALAL dari JAKIM tentang Bakels*


Mentega yang dikatakan HARAM yang anda selalu dengar itu adalah Golden Churn yang mudah didapati dipasan yang telah disahkan HARAM oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). 

Anda boleh lihat gambar dibawah ini. Mungkin anda biasa melihat butter ini.

*Inilah butter yang disahkan HARAM itu*
*Ini kami ambil dari The Star*

Untuk menambahkan lagi keyakinan anda mengenai status halal Kek Lapis keluaran kami, beberapa hari lepas kami telah dilawati oleh KPDNKK secara mengejut (cewah) untuk membuat pemeriksaan keatas premis kami dan Alhamdulillah kami bersama-sama pengusaha Kek Lapis yang lain telah LULUS pemeriksaan daripada mereka dan dibawah adalah bukti dari KPDNKK sendiri =)




Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, bagi yang belum menghantar borang hantaran untuk tempahan tu kami sarankan agar menghantarkan cepat kerana kami takut nanti kami tak dapat menyediakan kek yang anda nak. Kata-kata akhir sebar-sebarkan ok =)

P.S
Kami berasa amat BANGGA dan BERSYUKUR kepada semua UMAT ISLAM di Malaysia kerana mengambil berat tentang isu Halal Haram sesuatu itu makanan tersebut. 

Risau yang datang dengan tindakan dari umat Islam sendiri menunjukkan KEIMANAN kita dalam menegakkan tuntutan Islam itu masih utuh dan sama-samalah kita berdoa agar terus diperkuatkan IMAN kita sesama ISLAM pada RAMADHAN yang berkat ini, doa mudah MAKBUL. Ya Allah tempatkanlah dikalangan orang-orang yang SOLEH disisiMU Ya Allah. Amin.

Wednesday

Kek Lapis Sarawak: Update 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada tahun 2023 ini, pihak pengurusan kami telah mengambil satu langkah dan perubahan besar kepada syarikat kami dimana kami akan mengubah sebahagian besar pengurusan dan senarai kek lapis kami. Ini bertujuan untuk memenuhi permintaan pasaran dan menaik taraf kualiti pengurusan dan kualiti kek lapis sarawak yang kami sediakan.

Kami akan update senarai kek lapis sarawak kami dari semasa ke semasa dan bagi menaikan kualiti kek kami kami telah menggunakan pelbagai bahan-bahan mentah untuk membuat kek lapis yang baru. Kami percaya dengan penggunaan bahan-bahan yang lebih berkualiti seperti sekarang akan membantu memanjangkan jangka hayat kek kami.

Kami telah membuat pelbagai kajian dengan bahan baru ini dan ternyata perubahan ini akan membawa titik besar kepada perjalanan syarikat. Hasil dari penggunaan bahan baru kek lapis sarawak yang baru lebih tahan lama berbanding yang sebelumnya dimana kek lapis yang baru boleh tahan selama dua hingga tiga minggu pada suhu bilik. Berbeza pada yang lama dimana satu minggu sahaja. Jika diletakan pada peti sejuk boleh tahan lebih satu bulan dan jika diletak pada suhu sejuk beku boleh tahan sampai berbulan-bulan.

Mengenai rasa kek lapis sarawak yang baru, kami yakin bahawa kek lapis yang baru ni mempunyai rasa 10kali lebih sedap berbanding kek yang sebelum ini percayalah. Ini kerana penggunaan bahan dan cara pembuatan yang telah kami improvise kepada yang lebih baik.

Kami akan update mengenai harga dan kelebihan-kelebihan harga kami berbanding harga kek lapis sarawak keluaran luar pada post yang akan datang. Diharap update ini dapat memberikan maklumat berguna kepada anda. Sekian terima kasih.

Friday

Tempahan Raya Kek Lapis 2025


Tempahan RAYA Kek Lapis 2025 kini dibuka dan anda boleh membuat tempahan sekarang dan kami akan menghantarkan kepada anda pada tarikh yang anda inginkan.

Tempahan kami akan ditutup 2 minggu sebelum raya kerana kami akan mula menghantar tempahan Kek Lapis pada minggu tersebut.

Pembayaran haruslah dibuat terlebih dahulu seperti biasa sebelum kami dapat menghantarkan tempahan anda seperti yang kami lakukan pada tahun sebelum ini.


Baju Raya Contest 2011



Sempena Hari Raya yang bakal menjelma hujung bulan 8 ni kami Kek Lapis Sarawak ingin mengadakan CONTEST BAJU RAYA 2011 dimana para pemenang akan mendapat hadiah istimewa yang akan kami berikan. Terdapat 3 kategori yang akan dipertandingkan iaitu:

1.Kategori Lelaki
2.Kategori Wanita
3.Kategori Pasangan atau Keluarga

Syarat penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja asalkan mempunyai  alamat di Malaysia dimana kami akan menghantarkan hadiah kelak.

Cara penyertaan:
1.Copy entry ini tanpa mengubah apa-apa dan postkan di dalam blog anda. Caranya highlight entry ini kemudian tekan "Ctrl + C" kemudian pergi ke post anda kemudian tekan "Ctrl + V" 
2.Like Fanpage kami supaya anda dapat upload dan like gambar anda kemudian. Boleh klik button like dibawah ini.




3.Emailkan kepada kami gambar anda memakai baju raya anda tak kira baju tahun ni atau tahun lepas tetapi hanya boleh masuk satu saje tau =p beserta link blog post anda yang anda telah copy paste tadi ke keklapisborong@gmail.com. Kami akan delete gambar yang kami rasakan tidak 'sesuai'. Boleh klik pada link dibawah untuk pergi ke album kami untuk melihat gambar peserta. 




4.Jemput rakan atau sesiapa sahaja untuk like gambar anda pastikan dia like dulu fanpage kami sebelum like gambar anda.


"Peserta yang mempunyai vote atau like yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang"


Para pemenang akan mendapat kek lapis untuk hari raya daripada kami..huyeaa..
Pemberian hadiah adalah seperti berikut.


1.Kategori Lelaki
- 2biji kek lapis bernilai RM25 setiap satu keseluruhan RM50
2.Kategori Wanita
- 2biji kek lapis bernilai RM25 setiap satu keseluruhan RM50
3.Kategori Pasangan atau Keluarga
- 4biji kek lapis bernilai RM25 setiap satu keseluruhan RM100


*Pemenang boleh memilih kek kegemaran mereka dan akan dihantar seminggu sebelum raya.


Tarikh tutup penyertaan adalah 17/08/2011 lebih kurang 2minggu sebelum raya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More