Recent Posts

Thursday

Resepi Kek Lapis Sarawak Idola: Cara Membuatnya Langkah Demi Langkah

Kek lapis Sarawak yang dikenali sebagai kek lapis Idola, mempunyai peminat dan permintaan yang tinggi. 

Ramai menyukai kek lapis Idola ini kerana rasanya dan kepada si pembuat kek pula mereka suka kek ini kerana pembuatannya tidaklah terlalu susah dan makan masa tetapi amat sedap.

kek lapis idola

Kek lapis Idola banyak menerima permintaan ketika musim perayaan seperti hari raya aidilfitri dan raya haji. 

Permintaan yang banyak datang dari penduduk sekitar sendiri iaitu negeri Sarawak. 

Permintaan dari semenanjung Malaysia juga sangat tinggi dan kebanyakannya datang dari regular customer yang pernah merasa kesedapan kek lapis Idola ini.

Tidak kurang juga permintaan untuk majlis-majlis besar, kek lapis Idola juga sering dihidangkan pada majlis keraian dan menjadi simbol kepada kepelbagaian budaya Sarawak. 

Harini kami akan berkongsi resepi Kek Lapis Idola dan cara membuatnya langkah demi langkah untuk anda ikuti.

 

Bahan A:

500 gm mentega
140 gm gula kastor
1 sdk esen vanilla
30 gm ovalett
10 biji telur gred A
380 gm susu pekat manis
200 gm horlicks
80 gm serikaya
50 gm serbuk santan (sebungkus)
340 gm tepung pau / hongkong


Bahan B:

500 gm Beryl's milk chocolate + dark chocolate (cairkan)
100 gm milo
3 sdb gula hitam(boleh ganti dgn pewarna hitam/liquid browning)
Pewarna pink

Cara Memasak

  1. Mentega, gula, esen vanilla dan ovalett pukul sampai kembang & gebu.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Sebatikan.
  3. Masukkan susu pekat dan serikaya. Sebatikan.
  4. Kemudian masukkan horlick, serbuk santan. Sebatikan.
  5. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Sebatikan. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  6. 1 bahagian letak pewarna pink dan 1 bahagian lagi masukkan chocolate yang telah dicairkan, milo dan gula hitam.
  7. Adunan pink, bahagikan kepada 6 lapis. 3 lapis bawah dan 3 lapis atas.
  8. Adunan coklat 8 lapisan. (Lapisan tengah).
  9. Ratakan 1 bahagian adunan berwarna pink. Bakar sekitar 7/8 minit pada suhu 160°© atau sehingga sedikit keperangan. Keluarkan loyang dan tekan permukaan kek dengan penekan kek atau sudu supaya rata. Ulang langkah melapis (3 lapisan).
  10. Ratakan adunan coklat pula. Ulang langkah sama hingga 8 lapisan.
  11. Bila habis lapisan coklat, ratakan adunan pink. Ulang langkah melapis hingga 3 lapisan atas.
  12. Biar kek sejuk sepenuhnya (suhu bilik), balut dengan cling wrap, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk (chiller). Apabila kek sejuk baru potong supaya potongan kek kemas.
  13. Lapisan atas sekali agak gelap sebab saya terlelap. Kek tak dikeluarkan terus bila oven dah berbunyi. Potong macam ni senang nak simpan.

Nota tambahan

Warna untuk bottom dan topping pada kek lapis ini boleh anda tukar ikut pilihan anda sendiri. Ada yang suka pada warna asli asal kek lapis Idola ini iaitu warna kuning dan ada yang suka tukarkan dengan warna merah manakala ada juga yang mencampur dan melapiskan warna tersebut dengan satu sama lain. 

Bergantung kepada kreativiti anda sendiri. Yang penting tidak lari dari identiti asal kek lapis Idola ini. Hanya 3 lapisan utama untuk kek ini tetapi bergantung kepada anda mahu lapis dan corakkan macam mana.

Kek Lapis Idola ini kaya dengan rasa coklat sebab itu kepada peminat coklat memang akan meminati kek lapis ini. Ramai tidak tahu bahan perasa utama kek ini adalah coklat jadi ramai peminat coklat tidak kenal pada mulanya.

Sekarang kek lapis Idola ini memang mempunyai peminat yang ramai lebih-lebih lagi daripada peminat kek coklat. Sesiapa yang pernah merasa akan tahu berbezanya rasa kek ini berbanding dengan kek perasa coklat yang lain.

Jika anda sudah mencuba resepi ini sila komen dibawah dan berkongsi dengan kami. Semoga bermanfaat.

Itulah dia tu. 

Tempoh Masa Penghantaran Kek Lapis Sarawak Dengan Perkhidmatan Kurier


Ramai yang bertanya mengenai tempoh penghantaran kek kami mengambil masa berapa lama dan disini kami akan menerangkan serba sedikit mengenai tempoh penghantaran bagi satu-satu kek ke mana-mana kawasan. 

Tempoh masa diambil untuk kek lapis sampai

Tempoh penghantaran kek lapis Sarawak yang kami hantar kepada pelanggan kami selalunya akan mengambil masa 1-3 hari untuk dipos dari Sarawak ke semenanjung atau Sabah. Adakalanya akan mengambil masa sehingga 7 hari untuk sampai.

Sungguhpun kek kadangnya sampai selepas 7 hari tetapi kek lapis yang kami bungkus akan tahan lama jika dihantar dan dijaga elok oleh pihak kurier. 

Jika kek sampai itu rosak ianya kemungkinan disebabkan handling atau pengurusan yang cuai seperti kotak pecah kerana ditindih atau tikam dan sebab lain kotak terdedah pada cuaca yang tidak stabil seperti hujan dan panas yang boleh merosakkan kualiti kek. 

Alasan kenapa kek lapis Sarawak lambat sampai

Tempoh ini bergantung kepada banyak faktor seperti musim perayaan, public holiday, ketika ramai membuat jualan promosi dan banyak macam sebab lagi. Keadaan ini pastinya menggangu pemprosesan dan perjalanan penghantaran oleh pihak kurier servis.

Selepas kami menerima pembayaran pembelian kek daripada pihak pelanggan dan agen, kami akan terus memproses untuk membuat penghantaran dalam masa 24 jam. 

Selalunya diproses satu hari sahaja untuk kek lapis yang di dalam stok, jika terima order dan bayaran waktu pagi atau tengahari maka kek lapis akan kami proses untuk di pick up oleh pihak kurier pada petangnya.

Penghantaran hanya akan dibuat selepas menerima bayaran dari pelanggan atau agen.

Kami akan membuat penghantaran kepada pelanggan setelah pembayaran dibuat dan ini bermakna semakin awal anda membuat pembayaran semakin singkat masa yang akan diambil untuk kek lapis sampai kepada anda.

Ini kerana jika belum menerima pembayaran kami berpendapat pelangan masih belum memberikan kata putus dan ini akan melambatkan proses pembungkusan dan penghantaran.

Bagi kek yang ready stok proses pembungkusan dan pengeposan akan mengambil masa 24 jam atau kurang seperti yang saya jelaskan diatas tadi.

Bagi tempahan kek lapis pre-order masa 7 hari kami perlukan untuk memproses kek anda sebelum kami boleh mula membungkus dan menghantar kek anda. Ini bertujuan untuk menjamin kek yang segar baru dibuat diberikan kepada pelanggan agar kualiti dan rasa sentiasa terjaga.

Tips tempahan musim perayaan dan musim jualan promosi

Musim perayaan seperti hari raya dan sebagainya, kami galakkan untuk menempah lebih awal kerana kami memerlukan masa untuk menyediakan kek lapis untuk memenuhi permintaan yang diterima. 

Kami akan menutup tempahan seminggu sebelum hari perayaan kerana khuatir dan tidak mahu kek lapis sampai selepas perayaan.

Bagi tempahan kek ketika musim promosi satu Malaysia di mana banyak platform seperti Shopee, Lazada dan sebagainya membuat promosi tahunan atau bulanan, kami sarankan untuk tempah kek lebih awal.

Ini kerana parcel selalu sangkut lama di gudang perkhidmatan kurier dan akan megambil masa extra untuk memproses dan menghantar dari pihak kurier.

Perkhidmatan kurier yang kami guna

Untuk pengetahuan semua kami menggunakan Skynet Courier sebagai medium kami untuk menghantarkan kek lapis kepada semua pelanggan dan agen kami. 

Secara logiknya dimana-mana kawasan yang ada Skynet Courier berdekatan dengan kawasan mereka ianya tidak akan mengambil masa yang lama untuk sampai setelah anda membuat pembayaran kepada kami. 

Kami akan berikan no. tracking Skynet Courier selepas kami membuat penghantaran dan anda boleh jejak perjalanan penghantaran kek lapis anda dari link dibawah ini:


Walaupun anda berada di kawasan yang agak jauh seperti Penang, kawasan utara atau Johor dan sebagainya lazimnya ianya akan megambil masa dalam 1-3 hari sahaja atau paling lama 7 hari bergantung kepada peak season.

Walaupun kami ada pilihan kurier lain tetapi kami lebih prefer menggunakan Skynet dan kurier yang lain adalah sebagai backup kepada kami untuk alasan yang tertentu. 

Pengalaman kami dengan Skynet amat baik dan pelanggan kami amat berpuas hati dengan penghantaran dan masa yang diambil untuk sampai ke alamat penerima. Semuanya untuk kebaikan pelanggan dan agen kami.

Kami selalu menghantar kek lapis ke Penang dan apa yang menariknya ianya selalu mengambil masa satu hari sahaja sebagai contohnya jika kami membuat penghantaran hari ini esok dah sampai pada agen atau pelanggan memang cepat. 

Kami pun agak terkejut tetapi apabila menerima berita dari agen kami bahawa kek telah sampai kepada dia dan pelanggannya selepas 2-3 hari.

Bagi agen yang berada di Singapura atau Brunei kami akan terus berhubung dengan anda jika ada pembaharuan mengenai kos penghantaran kerana kami sedang mencari courier yang boleh dipercayai yang mengenakan penghantaran yang murah tetapi memberikan servis yang bagus. 

Kami menghadapi masalah menghantar ke luar negara kerana kos yang tinggi. Jika anda mempunyai cadangan boleh hubungi kami untuk bertukar maklumat.

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai tempoh penghantaran atau apa sahaja persoalan boleh menghubungi kami samada melalui email ataupun telefon kami sedia membantu. 


Anda juga boleh menggunakan chatbox yang kami sediakan disebelah dan kami akan menjawab dengan kadar segera.

Untuk melihat senarai terkini kek lapis Sarawak kami anda boleh klik dua link ini Senarai Kek Lapis atau Tempahan Kek Lapis diatas. Atau boleh tekan button kuning pada atas pos ini.

Wednesday

Kek Lapis Bajet By Baharuddin Legacy: Penjual Kek Lapis Sarawak Bajet Bintulu

kek lapis bajet baharuddin legacy


Melihat pada nama sudah kita tahu fokus kedai Kek Lapis Bajet ini adalah menjual kek lapis Sarawak pada harga yang lebih ekonomi dalam memenuhi permintaan pelanggan sekitar dan dari luar. 

Kek lapis Sarawak terkenal dengan lapisan yang cantik dan rasa yang kaya, tetapi sering kali dianggap sebagai pilihan yang mahal. 

Namun, kami percaya bahawa kelazatan tidak semestinya mahal! Kami dengan bangga mempersembahkan kek lapis Sarawak pada harga bajet yang berada di Bintulu tanpa mengorbankan kualiti dan rasa kek lapis. 


Kedudukan kedai Kek Lapis Bajet ini idak seperti kedai kek lapis yang lain yang berada di pusat bandar Bintulu. Kedai kek lapis ini berada jauh sikit dari pusat bandar. 

Jauh tu tidaklah jauh betul-betul tetapi hanya dalam 5km dari dua kedai kek lapis seperti  yang saya jelaskan sebelum ini.

Lokasi kedai Kek Lapis Bajet ini adalah di kawasan Medan Mall. Jika perasan di Bintulu banyak kawasan ada nama Medan dan ini kadang-kadang membuat mereka yang datang agak keliru kerana memikirkan dengan ada perkataan Medan jadi lokasi berdekatan dengan kawasan medan yang lain tapi sebenarnya tidak.

Jika anda menaiki Grab atau Maxim anda boleh memberitahu lokasi kedai kek lapis bajet ini berada di kawan Medan Mall dan saya percaya pemandu akan terus tahu lokasinya. 

Kawasan Medan Mall ni dikenali oleh penduduk Bintulu kerana ada dua sebab iaitu berdekatan dengan CC Fresh Supermarket yang selalu menjual barang keperluan harga borong (katanya) dan shopping mall yang dikenali sebagai Medan Mall.

Baik kembali kepada lokasi kedai kek lapis bajet ini, ia terletak mengadap jalan besar dan di sebelahnya ada satu work shop. Di depan kedai tu ada traffic light untuk jalan terus dan belok ke kiri. 

Jika belok ke kanan anda akan ke jalan Allamanda atau Bandarjaya dan jika anda tidak ke kanan tetapi terus ke depan anda akan sampai ke Perumahan Taman Tinggi. Dua jalan ini kita abaikan sebab kita mahu fokus bangunan yang berada di sebelah kiri kita jika anda sudah sampai ke traffic light tersebut.

Kedai ni jika tak perhatikan betul-betul boleh terlepas pandang kerana keadaan sekitar jalan masuknya boleh mengelirukan sedikit kerana simpang masuk terlalu kecil. Tetapi jika diperhatikan betul-betul memang akan nampak jelas kedai kek lapis bajet ini depan mata.

Kedai yang simple tetapi mempunyai banyak pilihan kek lapis yang membuat anda rambang mata untuk memilih lebih-lebih lagi dengan corak lapisan dan warna yang memukau serta harga yang buat anda mahu beli semua jenis kek lapis disitu.

Mereka juga ada menyediakan servis pembungkusan dengan kotak untuk kemudahan dibawa pulang menaiki kapal terbang atau bas. 

Kawasan sekitar selalu sunyi apabila sudah malam seperti selepas Isya' jadi saya sarankan untuk datang pada waktu siang agar lebih banyak masa untuk memilih kek lapis yang disediakan di dalam chiller.

Kek lapis Bajet By Baharuddin Legacy ini menawarkan pengalaman rasa yang luar biasa pada harga yang berpatutan. Jangan terpedaya dengan anggapan bahawa kek bajet tidak sedap. Keda ini membuktikannya dengan setiap potongan kek lapis yang dihasilkan. 

Datanglah dan rasai sendiri kelezatan kek lapis sarawak ekonomi ini, dan nikmati sendiri bagaimana.

Diharap dengan entry post yang ringkas ini dapat membantu anda mencari lokasi kedai Kek Lapis Bajet By Baharuddin Legacy dengan mudah dan tepat. 

Ada beberapa pilihan jenis kek lapis di Bintulu dan di kedai ini memberikan pilihan kek lapis sarawak pada harga alternatif. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.


Itulah dia tu.


Kek Lapis Warisan Jarah: Kedai Kek Lapis Premium Di Bintulu

kek lapis warisan jarah bintulu


Lokasi Kek Lapis Warisan Jarah ni bertempat di tengah bandar Bintulu iaitu di Medan Jaya. Medan Jaya ini adalah pusat bandar Bintulu yang baru dan menggabungkan juga Medan Assyikirin yang berada disebelahnya dan kawasan lot baru iaitu Meridian yang baru sahaja dibuka.

Ada banyak kemudahan yang ada di Medan Jaya ni, ada supermarket, kedai makan, farmasi, klinik dan banyak macam lagi yang lain. Kedai kek lapis Warisan adalah satu-satunya kedai yang menjual kek lapis di kawasan Medan Jaya ini semasa saya menulis entry ini. 

Jadi anda terjumpa kedai kek lapis di Medan Jaya maka saya yakin itu adalah kedai Kek Lapis Warisan Jarah.

Pertama sekali anda boleh mendapatkan maklumat mengenai kedai ni disini iaitu page Facebook rasmi mereka. Mereka ni jenis yang rajin jugak nak update page mereka sama macam kedai Kek Lapis Rizzara. Baguslah masing-masing menggunakan medium yang betul untuk menyampaikan maklumat. 

Anda boleh baca apa stok kek terkini dan apa promosi yang sedang berjalan. Mereka juga ada menjual kek viral yang lain ianya bergantung pada trend dan permintaan. Cubalah.

Lokasi kedai ini berada di kedai kedua selepas corner lot. Di hadapan kedai Kek Lapis Jarah ni adalah EcoPlus dan EcoShop yang berada diseberang jalan. Ni penanda yang paling mudah sekali korang nak kenal. 

Asal jumpa je dua kedai Eco ni maka korang sekarang berada dilokasi yang betul. 

Perantara antara kedai Eco dan kedai kek lapis ni adalah taman untuk rekreasi, ramai yang duduk lepak atau jogging disitu melainkan kalau panas terik boleh duduk kedai kopi Family Cafe yang atasnya adalah Family Inn. Banyak kemudahan disitu tak cukup kaki dan masa nak jalan semua.

Hotel yang paling dekat dengan kedai Kek Lapis Jarah ni adalah Family Inn dan Wiwo Hotel kerana sederet dengan bagunan kedai kek lapis ni dan satu yang baru adalah Sentral View Hotel. 

Di belakang kedai kek lapis ni ada Terminal Bus Bintulu yang satu bangunan dengan Li Hua Hotel. 

Di sebelah Li Hua Hotel pulak adalah Promenade Hotel. Satu deretan dengan kedai kek lapis ni ada banyak hotel dan kedai makan. Kalau nak pilih-pilih hotel sebelum menginap di Bintulu tu kat Medan Jaya memang sesuai. 

Banyak tempat boleh jalan kaki sahaja boleh jadi kurus bila balik.

Selain hotel terdapat banyak premis lain yang berdekatan seperti khidmat dobi sambil cuci baju tu boleh singgah layan kek lapis. Farmasi pun disebelah kedai kek lapis ni, rambang mata pilih dan pening kepada singgah farmasi dulu. 

Di terminal bas tu ada kedai DIY dan Supersave kalau-kalau nak beli alatan asas macam salotape, cable charger dan sebagainya.

Hotel lain yang berdekatan adalah JC Mark Hotel yang satu deretan dengan kedai Eco tadi. Kalau nak memilih hotel yang berdekatan hotel yang saya sebutkan diatas tu adalah yang terbaik jika anda peminat kek lapis. Sebab dekat sangat beza dalam 100-150 meter sahaja jaraknya.

Kedai Kek Lapis Jarah ni menjual kek lapis jenis premium. Kalau premium korang akan rasa lain macam sedapnya. Tengok pada Fanpage Facebook mereka pun boleh lihat basah dan lembab yang moist. 

Memang meleleh kalau cuba, saya tak pasti samada ada disediakan tester atau tidak tapi yang pasti mereka selalu juga menjual box kecil seperti kek dalam mini box yang memang berbaloi untuk dicuba. 

RM10 untuk satu box dan pada pendapat saya sangat-sangat sesuai untuk dijadikan buat tangan dibawa balik. Beli 10 box baru RM100 harga murah dan rasa pun premium. 

Saya yakin si penerima sangat puas hati dan rasa diingati cewah. Jika mahu membeli dalam kuantiti yang banyak saya sarankan anda call dan buat tempahan awal terlebih dahulu supaya anda dapat kuantiti yang dimahukan.

Pembungkusan mereka pun nampak cantik dan kemas jadi senang untuk anda membawa pulang kek lapis ni dalam keadaan selamat dan kek pun tidak rosak. 

Penghantaran menggunakan pos pun ada disediakan jika tak sempat nak bungkus banyak atau tak nak muatan kargo kapal terbang yang berlebihan maka boleh minta kek anda untuk di pos ke alamat yang anda mahukan.

Banyak yang ingin saya ceritakan tapi pengalaman dan memori tu adalah lebih baik anda alaminya sendiri barulah anda akan faham seronoknya membeli kek lapis sarawak di Kedai Kek Lapis Warisan Jarah ni. 

Semoga anda mendapat manfaat dalam post ini dan dapat mencari kedai ni dengan tepat dan mudah.

Itulah dia tu.

Tuesday

Kek Lapis Sarawak Premium vs Kek Lapis Sarawak Bajet

kek lapis premium vs kek lapis bajet


Pada minggu lepas kami didatangi oleh pelanggan yang datang dari semenanjung. Kami pun mengambil peluang untuk berbual-bual dengan pelanggan yang berkunjung. 

Dalam perbualan ringkas kami saya ditanya mengenai apakah perbezaan antara kek lapis premium dan kek lapis bajet.

Sejujurnya kami sering diutarakan dengan soalan ini, dan setiap kali apabila soalan ini ditanyakan kepada kami maka akan memberikan jawapan yang sama. 

Ya pelanggan pun amat berpuas hati dengan penjelasan kami dan mereka jadi lebih memahami apakah perbezaan antara kek lapis premium dengan kek lapis bajet.

Pada entry kali ini saya akan menerangkan kepada anda sebagai pembaca perbezaan antara kek lapis premium dan kek lapis bajet yang mungkin ada belum ketahui. 

Di sini saya akan pecahkan kepada beberapa bahagian untuk lebih mudah faham dimana yang pertama saya akan menerangkan mengenai bahan yang digunakan, kemudian proses pembuatan untuk dua jenis kek ini secara ringkas, harga bagi kedua kek lapis, dan  yang terakhir sekali adalah perbezaan rasa untuk kedua kek lapis ini. 

Bahan yang digunakan untuk pembuatan kek lapis

Kek lapis premium ini biasanya menggunakan bahan-bahan original kek lapis atau bahan-bahan yang telah digunakan sejak turun-temurun dalam pembuatan kek lapis. 

Selalunya pihak pengusaha akan menggunakan bahan-bahan yang lebih berkualiti tinggi seperti mentega asli, telur segar dan bahan perisa yang premium. 

Kek lapis bajet biasanya menggunakan bahan pengganti yang lebih murah, seperti marjerin atau gula pasir yang lebih banyak, untuk mengekalkan rasa dan tekstur, walaupun dengan kos yang lebih rendah. 

Ini membolehkan lebih ramai orang menikmati kek lapis tanpa membebankan kewangan mereka.

Proses pembuatan untuk kedua kek lapis ini

Walaupun mempunyai rupa yang agak serupa dan sama dalam bentuk warna dan saiznya. Perbezaan ketara untuk pembuatan kek lapis premium adalah lebih rumit berbanding kek lapis bajet. 

Ini kerana pembuatan kek lapis premium menekankan kepada corak yang menarik seperti kek lapis tikar mengkuang yang kita tahu mempunyai corak yang agak rumit untuk dibentuk serta memakan masa yang lebih panjang pembuatannya. 

Manakala untuk kek lapis bajet pula pembuatannya selalunya adalah lebih cepat dan kurang menekankan perhatian kepada bentuk dan corak kek lapis tersebut tetapi lebih kepada lapisan yang mudah dan berwarna-warni. 

Lazimnya pihak pengusaha ataupun pembuat kek lapis bajet ini fokus kepada membuat lapisan demi lapisan tanpa menekankan terlalu detail pada coraknya. 

Rasa yang berbeza untuk kedua kek lapis ini

Rasa dan tekstur kedua kek lapis ini adalah amat ketara perbezaanya bagi sesetengah jenis kek lapis. Kek lapis premium mempunyai tekstur yang lebih lembut dan moist. 

Ini kerana bahan-bahan yang digunakan bahan premium yang berkualiti tinggi dan mahal harganya. Kek lapis premium cenderung atau mempunyai rasa yang lebih kaya berbanding dengan kek lapis bajet. 

Untuk kek lapis bajet ini mungkin kurang dalam dua aspek ini tetapi bercakap mengenai rupa dan warna kek lapis ini kadangkala coraknya setanding dengan corak kek lapis premium. 

Mengenai rasa kek lapis bajet ini pula untuk sesetengah jenis kek lapis ini mempunyai rasa yang setara atau lebih sedap bergantung kepada kepakaran si pembuat kek lapis dan bagaimana dia menggadun kek dengan bahan-bahan alternatif tadi. 

Harga kek lapis premium vs kek lapis bajet

Seperti pada namanya kek lapis premium biasanya lebih mahal berbanding kek lapis bajet. Kek lapis ini sering menjadi pilihan penggemar kek lapis asli kerana rasa dan teksturnya yang lebih original turun temurun yang dikatakan betul-betul melambangkan rasa kek lapis sebenar. 

Kek lapis bajet juga menjadi pilihan popular untuk majlis-majlis tertentu di mana kos perlu dijimatkan, seperti kenduri atau jamuan. 

Keupayaan untuk menghasilkan kek lapis dengan pelbagai perisa dan warna yang menarik, walaupun pada harga yang lebih rendah, menjadikannya pilihan yang menarik bagi ramai.

Akhir kata sebagai penjual kek lapis Sarawak yang berpengalaman

Pada pendapat saya sebagai orang yang terlibat lama dalam penjualan kek lapis ini. Kedua-dua jenis kek ini mempunyai kelebihan kekurangannya masing-masing. 

Dan setiap kekurangan dan kelebihan itu sering menyatu dan membantu menaikkan kebaikan kedua jenis kek lapis ini.

Sudah pasti kedua-dua kek ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Kami menghormati apa sahaja pendapat yang diberikan asalkan bagi kami kek lapis sarawak ini memberikan kebahgiaan, kegembiraan dan kepuasan kepada peminat kek lapis Sarawak yang datang di premis kami.

Semoga bermanfaat. Itulah dia tu.

Monday

Kek Lapis Sarawak Bintulu: Mencari Lokasi & Kedai Kuih Lapis

kek lapis sarawak bintulu


Jika anda berada di bintulu Sarawak dan sedang mencari kek lapis sarawak di kawasan berdekatan ini maklumat penting untuk anda. 

Sejujurnya walaupun anda berada di Sarawak tetapi anda harus tahu dan faham bahawa tidak semua daerah di Sarawak ada menjual kek lapis Sarawak. 

Syurga bagi kek lapis Sarawak adalah di Kuching dan jika anda berada di Bintulu maka makanan yang terkenal di Bintulu adalah belacan Bintulu. 


Tapi anda tidak perlu risau, di sini saya akan kongsikan beberapa tempat yang anda boleh kunjung jika anda masih ingin mencari kek lapis Sarawak untuk dibawa pulang.

Saya berharap entry saya pada kali ini tidaklah akan menyinggung mana-mana pihak lebih-lebih lagi mereka yang berada di Bintulu. 

Ini kerana apa yang ingin saya tuliskan di sini adalah pengalaman saya sendiri dan dalam memudahkan pelancong luar ataupun sesiapa yang datang dari luar agar mudah untuk menemui lokasi kedai kek lapis di Bintulu di samping membantu perniagaan kek lapis Bintulu mengetengahkan perniagaan mereka kepada orang luar.

Di sini saya hanya akan ketengahkan tiga kedai kek lapis sahaja. Saya tahu mungkin ada banyak peniaga-peniaga kek lapis lain yang berada di Bintulu. Tetapi tiga kedai yang akan saya tulis di sini adalah berdasarkan kedai yang saya sendiri pernah pergi. 

Jika anda ada maklumat kedai lain atau pemilik kedai kek lapis maka boleh hubungi saya agar saya dapat menambah maklumat kedai tersebut disini.

Ada beberapa faktor kenapa saya memilih tiga kedai ini sahaja.

Yang pertama adalah kerana lokasinya

Bercakap tentang lokasi saya akan huraikan serba sedikit mengenai lokasi untuk tiga kedai tersebut untuk memudahkan pembaca mengenal pasti alamat yang betul. 

Pada masa yang sama untuk memudahkan pembaca memahami keadaan sekitar yang mereka perlu ambil kira. 

Terdapat empat lokasi utama untuk penginapan di Bintulu iaitu di kawasan Pasar Bintulu, kawasan Parkcity Bintulu, Medan Assyikirin Bintulu dan Medan Jaya Bintulu. 

Kenal pasti terlebih dahulu lokasi hotel atau tempat penginapan anda agar tidak keliru lebih-lebih lagi Medan Assyikirin atau Medan Jaya kerana dua lokasi ini berada di sebelah satu sama lain yang dipisah oleh jalan besar tetapi disambung dengan jejantas. 

Kedua adalah kerana kedai tersebut ada premis mereka sendiri 

Mengenai premis pula, sebab saya memilih kedai lapis sarawak yang mempunyai premis yang tersendiri kerana saya berpendapat jika satu-satu kedai mempunyai premis mereka sendiri.

Sudah pasti mereka akan mengikut segala peraturan premis kedai makanan daripada pihak berwajib seperti perlu menitik berarkan langkah keselamatan, langkah kebersihan dan perkara berkaitan dengan kesihatan untuk premis perniagaan.

Pemilihan kedai yang ada premis juga membantu pelancong luar mudah mencari kedai kerana ada lokasi tempat jualan tetap tidak seperti booth atau di rumah yang kadangnya akan berpindah atau tutup tanpaada notis atau maklumat yang tepat. 

Ini juga memudahkan carian di dalam Google kerana kedai yang ada premis selalunya akan mudah kita jejaki di Google map berbanding jualan di rumah.

Dan yang ketiga adalah kerana kemudahan packaging atau penyimpanan

Untuk orang luar ataupun pelancong daripada luar amat penting bagi mereka untuk mencari premis atau pun kedai kek lapis yang ada menyediakan khidmat packaging untuk memudahkan mereka membawa pulang ke kek lapis yang dibeli dalam keadaan yang baik, bersih dan selamat bagi menjamin kualiti dan rasa kek lapis yang dibeli.

Selain menyediakan perkhidmatan pembungkusan kepada pelanggan, kedai kek lapis di Bintulu juga ada menyediakan penghantaran terus ke alamat anda. Ada juga yang menyediakan perkhidmatan dihantar ke hotel atau tempat penginapan anda. 

Ini lebih memudahkan lagi pelanggan menyusun atur jadual mereka jika mereka hanya sekejap sahaja di Bintulu dan tiada masa ke kedai kek lapis untuk memilih kek.

Baik ini adalah TIGA kedai menjual Kek Lapis Sarawak yang berada di Bintulu

Saya akan buat entry untuk setiap tiga kedai kek lapis ini untuk mengelak daripada entry ini menjadi sangat panjang dan juga untuk mengelak kekeliruan maklumat.

Pertama sekali adalah kedai Kek Lapis Rizzara yang berada di Medan Assyikirin Bintulu. Medan yang berkembang pesat untuk kemudahan penduduk sekitar dan Medan Assyikirin ini berada bersebelahan degan kampung Assyikirin di Bintulu kampung yang gak moden perumahannya. 

Terdapat banyak hotel sekitar Medan Assyikirin ini dan jika penginapan anda di kawasan ini maka anda amat bertuah kerana kemudahan yang banyak di kawasan sekitar.


Untuk kedai kek lapis yang kedua adalah Kedai Kek Lapis Warisan Jarah. Kedai ini pula terletak di Medan Jaya iaitu medan yang terletak bersebelahan Medan Assyikirin. Ramai yang terkeliru dengan dua Medan ini kerana berada hanya bersebelahan satu sama lain.

Kelebihan kawasan Medan Jaya lebih kurang sama di Medan Assyikirin. Disini terdapat banyak hotel dan tempat makan yang boleh anda cuba. 

Jika Medan Assyikirin dekat dengan perumahan kampung, di Medan Jaya pula dekat dengan perumahan taman dan tidak jauh dari situ ada dua tiga universiti. Menjadikan kawasan Medan Jaya tidak sunyi dan ramai orang sehingga waktu malam.


Kedai kek lapis yang ketiga adalah Kedai Kek Lapis Bajet By Bahruddin Legacy. Melalui namanya sahaja bahawa kita tahu fokus kedai ini adalah menjual kek lapis Sarawak pada harga mampu milik atau harga bajet.

Satu pilihan kek lapis alternatif kepada pembeli lebih-lebih lagi mereka yang ingin membeli dalam kuantiti yang banyak untuk dibawa balik sebagai buah tangan. 

Tidak jauh dari bandar utama seperti Medan Jaya dan Medan Assyikirin dalam 3km ke 5km menggunakan khidmat Maxim atau Grab.


Diharap dengan maklumat ringkas yang saya sediakan dapat membantu memudahkan kerja anda semasa berada di Bintulu Sarawak. Be safe ya sahabat. Jika anda ada persoalan boleh gunakan chatbox yang kami sediakan di dalam blog ini. InsyaAllah kami akan menjawab kadar segera.


Itulah dia tu.

Kedai Kek Lapis Sarawak Di Bintulu: Rizzara Kek Lapis Sarawak

rizzara kek lapis


Lokasinya yang bertempat di Medan Assyikirin Bintulu. Untuk mereka yang datang dari luar, di Bintulu ada dua tempat yang luas yang terdapat banyak hotel, shop lot, kedai makan dan sebagainya yang dipanggil Medan. 

Satu namanya Medan Assyikirin dan satu lagi Medan Jaya, baik cukup untuk kenal dua nama ni insyaAllah tak sesat nak cari mana-mana kedai area berdekatan. 

Sebagai nota tambahan selain di dua Medan ini ramai juga yang datang dari luar akan menginap di area Pasar Bintulu dan area Parkcity. 

Dua tempat ni tiada kedai kek lapis yang boleh saya rekomen. (Jika ada owner kedai kek lapis yang baca dan ada maklumat boleh hubungi kami untuk kami masukkan dalam entry ini)

Lokasi Rizzara Kek Lapis Sarawak di Medan Assyikirin ni adalah tidak jauh dari hotel NU Hotel dalam jarak 200 meter ke 300 meter dan terletak dibelakang Supermarket Sing Kwong. 

Hotel atau Inn lain yang berdekatan adalah Inn86 dalam 100 meter ke kedai Rizzara Kek Lapis manakala hotel yang lain UniHome, The One Inn, Hotel Bintulu, Kemena Hotel, Century Inn dan beberapa hotel bajet lain jaraknya ke kedai dalam 500 meter ke 700 meter tapi masih accessible kalau berjalan kaki.

Jika anda berada jauh atau mahu menggunakan Grab atau Maxim maka anda boleh memberitahu lokasi Kedai Kek Lapis Rizzara adalah bersebelahan dengan Ayam Mahkota BBQ & Steamboat. 

Kedai Ayam Mahkota ni agak terkenal jadi selalunya pemandu akan mudah nak tahu alamat jika disebut. Kedai kek lapis ini juga berada belakang Bintulu Medical Center dimana antara nama bangunan yang agak dikenali di Bintulu. 

Atau untuk lebih spesifik boleh beritahu kepada pemandu kedai kek lapis ini berada di sebelah kedai makan Sri Kandi Cafe Medan Assyikirin yang berada dihadapan kedai makan Al Madina Cafe Medan. InsyaAllah akan jumpa.

Anda boleh mendapatkan maklumat lain di page mereka tekan disini page Facebook mereka. Pihak Rizzara selalu update di page mereka mengenai promosi, contest, stock yang ada dan macam-macam lagi. 

Anda boleh dapatkan contact number mereka untuk mendapatkan lokasi yang lebih tepat.

Pada saat saya menulis entry ini, pihak Rizzara ada memberikan gift payung percuma untuk pembelian RM350 keatas. Pada masa yang sama ada juga menjual pelbagai barangan dan makanan Sarawak yang viral dari daerah lain. 

Ini antara sebab saya suka kedai kek lapis ini yang selalu peka dengan hal semasa.

Kedai kek lapis ini menjual kek lapis jenis premium. Premium ni bermaksud bahan yang digunakan adalah jenis bahan utama dan bukan bahan pengganti. 

Jika anda mahukan rasa kek lapis yang premium dan betul-betul rasa kek lapis sedap yang ramai katakan tu maka kek lapis jenis premium adalah yang anda cari.

Bukan sahaja terdapat pelbagai pilihan jenis dan rasa kek tetapi terdapat pelbagai packaging dan bekas yang boleh anda pilih di kedai ini. 

Bagi saya ini adalah kelebihan utama kedai kek lapis ini kerana sentiasa membuat kelainan dan up to date kepada permintaan pelanggan dan pasaran.

Walaupun kek lapis premium ini harganya mahal dari kek lapis bajet biasa tetapi pihak Rizzara saya lihat ada menyediakan kek lapis yang dijual pada harga bajet tapi premium. 

Ada jugak pilihan kek lapis sarawak mix dimana pelbagai jenis kek lapis yang sudah dipotong disimpan dalam satu bekas. Ini sangat sesuai untuk dijadikan souvenir atau gift untuk dibawa pulang.

Anda boleh layari sendiri page Facebook mereka untuk membaca review jujur dari pelanggan yang pernah membeli di kedai ini.

Pekerja yang ramah dan anda boleh meminta mereka membungkus kek lapis yang anda beli untuk mudah dibawa balik atau masuk kapal terbang. 

Pihak Rizzara juga ada menyediakan khidmat penghantaran menggunakan pos jadi jika anda mahu membeli kek tambahan boleh sahaja menghubungi mereka untuk penghantaran terus ke alamat anda mahukan.

Ini adalah serba sedikit yang dapat saya ceritakan mengenai Kek Lapis Rizzara dalam entry saya kali ini. Semoga ulasan dan infomasi saya ini dapat membantu anda mencari kedai kek lapis ini dengan tepat dan mudah. Semoga ianya bermanfaat.


Itulah dia tu.

Sunday

Kek Lapis Sarawak Tahan Berapa Lama: Cara Simpan Kuih Lapis & Penjagaan Yang Betul

Ramai yang bertanya mengenai berapa lama kek kami tahan dan bagaimana cara penjagaannya. Entry pada kali ini kami akan menerangkan serba sedikit maklumat yang perlu anda tahu tentang cara penjagaan kek lapis.
Kami bahagikan entry kali ini kepada beberapa bahagian dengan tujuan untuk memudahkan anda faham dengan lebih lanjut mengenai sebab kenapa ada kek yang mudah rosak walaupun sudah dijaga dengan elok dan cara penyimpanan dan penjagaan yang betul untuk menjaga kualiti dan rasa kek lapis Sarawak.


1.    Bagaimana menyimpan kek lapis agar tahan seminggu?!

Secara am nya kek kami akan tahan sehingga 1-7 hari atau seminggu jika diletakkan pada suhu biasa iaitu pada suhu bilik. Ini sangat sesuai bagi mereka yang meletakkan kek pada ruang tamu untuk jamuan hari raya kerana ianya boleh tahan sehingga seminggu dan anda tidak perlu kerap kali menyimpan ke dalam peti sejuk.

Dengan ketahanan kek yang lama pada suhu biasa ini memudahkan kami untuk membuat penghantaran dengan menggunakan courier seperti Poslaju tanpa perlu risau kek rosak setelah tiba dilokasi pelanggan.



2.    Bagaimana cara menyimpan kuih lapis Sarawak supaya tahan lama 2 minggu?

Bercakap tentang suhu sejuk seperti suhu dalam peti sejuk kek boleh tahan sehingga 2 minggu. Tetapi pastikan kek tersebut dibalut dengan plastik nipis atau didalam bekas plastik lutsinar atau packaging asal untuk mengelak kek lapis terdedah kepada air agar lebih tahan lama.

Penggunaan peti sejuk amat digalakkan jika anda ingin mengekalkan kualiti rasa kek lapis dan pada masa yang sama dapat disimpan dalam jangka masa yang agak lama selama dua minggu.

Sungguh pun begitu kena tahu cara penyimpanan yang betul bagi memastikan simpanan kek lapis ini betul-betul tahan lama dan tidak sia-sia. 

Dibawah kami sediakan entry bagaimana menyimpan kek lapis Sarawak di dalam peti sejuk dengan betul supaya tahan 2 minggu.

Kami pernah menerima pertanyaan dari pelangan yang kek masih rosak walaupun sudah disimpan di dalam peti sejuk. Setelah menanya beberapa soalan kami kemudiannya faham kenapa kek lapis yang disimpan di dalam peti sejuk pun boleh rosak cepat.

Kami komited untuk membantu pelanggan agar mereka berpuas hati dengan kek lapis kami dan sebagai cara untuk memberikan layanan selepas beli atau dalam English post-purchase service maka kami sediakan entry seperti dibawah.


3.    Kek lapis Sarawak boleh tahan 1 hingga 3 bulan jika disimpan di dalam chiller

Pada mulanya kami tidak rasa perlu untuk kami menulis panjang mengenai cara penyimpanan kek lapis di dalam chiller kerana kami fikir tidak ramai yang ada chiller di rumah kerana peti sejuk pun sudah memadai.

Kami silap kerana terlupa dikalangan pelanggan kami sendiri adalah agen penjual kek lapis kami sendiri dimana mereka ada chiller yang digunakan untuk menyimpan barang berniaga. 

Jadi disini kami selitkan sekali tip bagaimana menyimpan kek lapis di dalam chiller.

Kami sarankan anda membaca juga entry mengenai cara betul menyimpan kek lapis di dalam chiller. Tekan di sini untuk artikel cara menjaga dan menyimpan kuih lapis sehingga lebih satu bulan.

4. Cara menyimpan dan menjaga kualiti kek lapis sarawak dari 6 bulan sehingga 1 tahun

Untuk penyimpanan yang lebih lama anda boleh meletakkan kek ke dalam freezer dimana pada suhu sejuk yang sangat tinggi. Kini ramai orang memiliki freezer dirumah untuk meletak daging ayam dan lembu atau bahan yang lain. 

Jika kek diletakkan didalam freezer ini ianya boleh tahan 6 bulan sehingga setahun.

Jika anda tidak mempunyai freezer dirumah jika diletakkan didalam peti sejuk dimana tempat anda untuk membekukan air menjadi ais pun sama kek lapis akan tahan selama satu bulan. 

Kalau boleh pastikan suhunya sentiasa sejuk agar kek lapis dapat disimpan pada suhu yang betul dan bileh tahan lebih lama.


Diharap penerangan kami ini dapat membantu anda menjaga kek lapis agar lebih tahan lama. Jika mempunyai apa-apa persoalan boleh gunakan chatbox disebelah atau bawah post ini. 

Kami akan menjawab segala kemusykilan anda.

Itulah dia tu. Semoga bermanfaat.

Saturday

Kek Lapis Sarawak - Berapa Lama Kek Boleh Tahan Dalam Peti Sejuk Chiller

cara simpan kek lapis dalam chiller


Sebelum kami menerangkan dengan lebih lanjut cara yang betul untuk menyimpan kek lapis Sarawak dalam chiller, di sini kami cuba jelaskan secara ringkas terlebih dahulu perbezaan peti sejuk dan chiller yang perlu kami tekankan disini agar kita sama-sama lebij mudah faham. 

Secara umumnya sememangnya kita tahu bahawa pergi sejuk ini mempunyai fungsi yang sama seperti chiller iaitu untuk menyejukkan makanan tetapi terdapat perbezaan utama dalam keduanya yang akan saya tekankan di sini. 

Perlu kami jelaskan di sini kerana kita menganggap bahawa tidak semua orang memiliki dan tahu fungsi utama penggunaan chiller tersebut di rumah.

Kepada pembaca yang sudah kenal dan tahu perbezaan antara dua penyejuk beku ini anda boleh skip  penerangan di bawah dan terus boleh membaca cara yang betul untuk menyimpan kek lapis di dalam chiller agar lebih tahan lama.

Peti sejuk

Secara amnya peti sejuk ini direka untuk penggunaan domestik lebih-lebih lagi penggunaan di rumah. Suhu sejuk purata bagu peti sejuk adalah dalam lingkungan 1 ke 4 darjah celcius sejuk. 

Selalunya peti sejuk lebih kecil daripada chiler dan biasanya ianya mempunyai ruang beku atau freezer sama ada di atas ataupun di bawah bergantung kepada reka bentuk terkini percaya sejuk tersebut.

Bercakap tentang saiz reka bentuk peti sejuk pada zaman sekarang terdapat banyak peti sejuk yang saiznya lebih besar ianya lebih kepada untuk tujuan penambahan ruang bagi menyimpan lebih banyak barang. 

Selalunya akan ada 3 compartment utama iaitu ruang sejuk, laci chiller tempat kita simpan sayur selalunya dan tempat sejuk beku untuk kita meletakkan bahan basah seperti ikan, ayam atau daging. Juga kita gunakan untuk membuat ais ketul di rumah.

Peti Sejuk Chiller 

Chiller ini biasanya digunakan dalam industri, industri bermaksud digunakan oleh peniaga samada di restoran atau pun pasar raya. Ramai sekarang memiliki chiller dirumah atas alasan lebih mudah menyimpan barang sejuk dan juga ramai peniaga kecil yang berniaga di rumah.

Saiznya lebih besar dari peti sejuk dan direka untuk menyimpan banyak makanan dalam satu masa. Ruang yang lebih luas disediakan kepada pemilik chiller. 

Walaupun kadang peti sejuk ada yang lebih besar dari chiller tetapi perbezaan ketara adalah ruang chiller selalu lebih besar dan sesuai untuk penyimpanan yang lama.

Suhu chiller adalah lebih sejuk daripada peti sejuk dimana ianya antara 0 sehingga 4 darjah celcius. Sungguhpun begitu walaupun mempunyai ruangan simpanan yang lebih besar kekurangan utama chiller adalah tiada tempat penyimpanan sejuk beku seperti peti sejuk. 

Cara yang betul untuk menyimpan kek lapis di dalam chiller agar lebih tahan lama

Baik chiller ni sebenarnya terbahagi kepada dua pertama iaitu chiller industri biasa digunakan oleh peniaga restoran, di kedai kedai runcit ataupun peniaga sambilan di rumah. 

Pertama sekali kita akan fokus bagaimana menyimpan ke lapis sarawak di dalam chiller industri untuk memastikan kek lapis kita tahan sehingga lebih satu bulan.

Pastikan anda balut dengan plastik dan kertas

Selalunya penyimpanan kek lapis untuk jangka masa yang panjang seperti sebulan ke atas adalah penyimpanan kek lapis sarawak yang baru. 

Baru bermaksud di sini adalah kek lapis yang belum dibuka daripada bekasnya ataupun kek lapis yang belum lagi dipotong.     

Menyimpan kek lapis dalam chiller industri sangat mudah jika anda menyimpan kek lapis yang baru. Anda hanya perlu memasukkan di dalam bekas yang besar yang dapat memuatkan 5-10 kek lapis pun sudah memadai.

Tandakan terlebih dahulu kek lapis anda dengan maklumat seperti tarikh anda mula simpan dan nama kek lapis tersebut untuk kemudahan anda kelak.  

Sering berlaku apabila tidak ditandakan pelanggan jadi lupa bila kita kek tersebut disimpan dan kek lapis apa yang disimpan.

Jika anda tidak mempunyai bekas yang besar untuk menyimpan kek lapis, anda boleh menggunakan kotak yang telah diguna pakai untuk membungkus kek lapis semasa anda membawanya balik dari sarawak. 

Pastikan kotak tersebut dalam keadaan kering dan bersih.

Tujuan utama menyimpan kek lapis di dalam bekas besar ataupun di dalam kotak adalah bertujuan untuk memastikan suhu di dalam chiller yang anda gunakan dapat mengekalkan suhu yang optimal untuk memastikan kek lapis kekal sejuk pada suhu chiller yang sejuk. 

Ini ini kerana suhu akan berubah secara agak mendadak apabila anda membuka pintu chiller. 

Tetapi jika kek lapis anda simpan di dalam bekas ataupun di dalam kotak suhu yang di luar akan keluar terlebih dahulu tetapi suhu yang di dalam kotak atau bekas akan kekal lebih lama sebelum ianya mula turun sedikit demi sedikit. 

Compartment chiller di rumah

Compartment chiller di dalam perti sejuk ni selalunya berada dalam bahagian pintu besar peti sejuk. Compartment ni kita selalu gunakan untuk menyimpan sayur-sayuran buah-buahan macam-macam lagi. 

Ramai juga yang bertanya adalah function compartment  sebenarnya adakah sama dengan chiller besar tu.

Jawapan kami mudah ianya sama tetapi tetap kena simpan dengan cara yang betul untuk menjaga kualiti dan ketahanan kek lapis sarawak. Ada pelanggan kami dan agen kami yang menyimpan kek lapis mereka di dalam compartment chiller tersebut dan kek lapis terjaga dengan baik kualiti dan rasanya.

Apabila kami bertanya bagaimana mereka menyimpannya, mereka menjawab mereka mengikut tips mudah yang kami ajarkan kepada mereka cara menyimpan yang sesuai dengan keadaan. 

Kami kongsikan disini kepada anda bagaimana menyimpan kek lapis di chiller peti sejuk dengan cara yang betul.

Tipsnya amat mudah sama seperti cara penyimpanan yang lain iaitu dengan membalut kek lapis dengan plastik dan kertas terlebih dahulu kemudian simpan didalam bekas yang kedap udara. 

Tujuannya sama iaitu untuk menjaga kelembapan kek lapis dan supaya kek tidak menyerap bau peti sejuk kita.

Ada peti sejuk mempunyai beberapa chiller compartment seperti peti sejuk yang dua pintu. Seeloknya jangan campurkan kek lapis anda dengan barangan yang lain seperti sayur atau buah kerana dikhuatiri jika barangan tersebut rosak akan menjangkiti kek lapis anda. 

Jika perlu juga untuk kongsi compartment maka pastikan kek lapis disimpan didalam bekas lain terbelih dahulu.

Jika anda ada persoalan boleh terus hubungi kami atau boleh gunakan ruangan chatbox yang kami sediakan disebelah atau bawah post ini. Semoga bermanfaat.


Itulah dia tu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More